Friday 4 May 2012

Kombes Sarawak Diserang "Geng" Basikal.





Sabtu 28.April.2012:- Hampir 700 orang "belia berbasikal" berbagai jenis telah "menyerang" Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak seawal jam 7 pagi.

Kehadiran belia-belia tersebut di Perkarangan Kompleks Belia Dan Sukan adalah adalah bagi memulakan misi kayuhan basikal ke Program Jelajah Janji Ditepati oleh YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bertempat di Perkarangan Kompleks Wisma Bapa Malaysia,Jalan Astana,Kuching.

Program kayuhan basikal yang mengambil masa satu jam itu juga turut disertai oleh golongan kurang upaya OKU iaitu En.Junaidi Bin Pauzan yang memegang rekod berbasikal dari Miri ke Kuching.Terdapat pelbagai jenis basikal yang sempat dipamerkan termasuk basikal Recorn dari Jepun.

Menurut pihak penganjur, "Geng Basikal" En.Zikri Datuk Mohamad Mortadza, walaupun makluman untuk program ini diberitahu agak lambat, namun kehadiran belia-belia berbasikal amat memberangsangkan bermula sejak awal pagi lagi.

Menurut beliau lagi jumlah belia berbasikal yang menyertai program ini boleh ditingkatkan lagi jika lebih banyak masa diberikan kepada mereka, tambah En. Zikri lagi.

No comments:

Post a Comment