Saturday 17 December 2011

SRI AMAN



Bandar Sri Aman dahulunya dipanggil sebagai Simanggang.Simanggang berasal dari nama sebuah pokok “manggang”yang telah tumbuh di sepanjang Sungai Batang Lupar.



Sri Aman juga mempunyai suatu fenomena yang amat unik dan menakjubkan,fenomena tersebut adalah fenomena benak yang berlaku di sepanjang Sungai Batang Lupar.Benak sebenarnya adalahombak muara dan ia mempunyai pukulan ombak yang tinggi.

Benak selalunya berlaku pada hari yang ketiga dan ke 18 dalam kalendar cina.bagi masyarakat di  Sri Aman,ianya bagaikan suatu pesta kerana pada masa ini,para pemalik bot serta golongan remaja akan cuba melungsuri ombak gergasi setinggi 5 kaki itu yang menghempas di tepian Bandar Sri Aman.



Suatu lagi kisah menarik di Bandar Sri Aman adalah”Bujang Senang” iaitu buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar.Bujang Senang berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya.Bujang Senang telah bermaharaja lela di Sungai Batang Lupar sejak tahun 1941.Tidak diketahui berapa banyak mangsa yang telah menjadi mangsa buaya tersebut.

Tetapi pada Mei 1992,seorang anak gadis yang berbangsa iban yang bernama Dayang Anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang yang terakhir sebelum buaya ganas tersebut dibunuh beramai-ramai oleh penduduk kampung dan pihak polis,di Sungai Pelaban di daerah kecil Lingga di bahagian Sri Aman.

Kejadian itu terjadi apabila Dayang sedang mandi di sungai bersama dengan ibunya,apabila dia merasakan kakinya tidak berdaya untuk berenang,dia ingin pulang ke tebingan tetapi dia terus dibaham buaya tersebut dan di bawa ke dasar sungai.

Kebetulan pada masa yang sama abang mangsa lalu di hadapan buaya yang telah membaham adiknya dan terus menembak buaya tersebut dan para penduduk kampung pun turut membantu membina benteng dimana buaya tersebut bersembunyi.air kian surut dan buaya tersebut kelihatan lemah setelah   ditembak oleh penduduk kampong dan pihak polis bertubi-tubi,setelah 4 jam penduduk kampung menembak buaya itu,buaya itu akhirnya melompat dan mati.Mayat Dayang yang diambil dan bangkai buaya tersebut dibawa,dan kepala buaya tersebut kini berada di Taman Buaya Jong.