Sunday 29 April 2012

Pesta Ikan Tapah,Pantu,Sri Aman


Ikan Tapah di Sungai Batang Strap

Sri Aman,30.April.2012- Pesta Ikan Tapah merupakan pesta tahunan di Pekan Kecil Pantu di Bahagian Sri Aman bagi DUN balai Ringin.

Pesta ini telah diadakan pada 28-29.April.2012 dan merupakan edisi ketiga.Pada masa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin iaitu En.Snowdan Donald Lawan dihubungi,beliau berkata pelbagai acara telah ur sepanjang pesta tersebut.

Antara acara sepanjang pesta tersebut, adalah pertandingan karoke, gerai jualan beraneka, konsert, pertandingan ratu ikan tapah, persembahan kebudayaan serta banyak lagi aktiviti menarik yang telah disusun atur sepanjang pesta tersebut.

sebelum ini, nama pesta ini adalah Pesta Pantu dan telah ditukar diatas nasihat Menteri Kemajuan Tanah iaitu Tan Sri Dr.James Jemut Masing.

Nama Pesta Ikan Tapah ini amatlah bersesuaian dengan replika ikan tapah yang terdapat di simpang jalan menuju ke Pekan Pantu dan populasi ikan tersebut begitu banyak di sungai Batang Strap,Pantu.

Sebelum ini, cadangan untuk mengadakan pesta ini adalah di Pekan Lachau atau lebih dikenali dengan nama Keranggas Gayau bagi masyarakat setempat telah pun ditolak kerana ia lebih sesuai diadakan di Pekan Pantu bersesuaian kerana ia adalah simbolik kepada pekan itu.
pesta yang diadakan dua hari itu diadakan dengan meriah sekali kerana kunjungan yang amat memberangsangkan oleh pengunjung-pengunjung luar bukan setakat penduduk setempat sahaja.Ini kerana Pekan Pantu terletak diantara Sri Aman-Serian.

No comments:

Post a Comment