Wednesday 27 February 2013

PDRM Bukan Hanjing Kerajaan!!!!! - Bakri Zinin




KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengamalkan dasar berkecuali dalam semua tindakan dan operasinya serta sama sekali tidak menyebelahi mana-mana parti politik ketika melaksanakan tanggungjawab.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin juga menegaskan dasar itu dipegang PDRM dalam menghadapi pilihan raya umum.

"Jadi janganlah bercakap kita ni 'anjing' kepada kerajaan atau bagai 'lembu dicucuk hidung' yang ikut sahaja telunjuk orang-orang tertentu dalam mencapai sesuatu hasrat.

"Ini kerana institusi kepolisan ini telah wujud sejak 206 tahun dan telah menunjukkan profesionalisme dari segi mengambil tindakan," katanya kepada Bernama dalam temu bual mengenai persiapan PDRM menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), di sini.

Katanya mereka yang menuduh sedemikian perlu bertanggungjawab dan membuktikan PDRM sebagai 'alat kerajaan'.

Mohd Bakri berkata sikap berkecuali juga diamal PDRM ketika melakukan siasatan berhubung sebarang kes dan penyiasatan dilaksana tanpa rasa takut atau dipengaruhi mana-mana pihak.

Segala hasil siasatan termasuk yang membabitkan ahli politik, akan diserah kepada Peguam Negara dan merekalah yang menentukan sama ada perlu didakwa atau sebaliknya, katanya.

"Kita (PDRM) tak berhak dan (tidak) mempunyai kuasa (buat keputusan). Di sini sudah nampak kita telus," katanya.

Mengenai persediaan menghadapi PRU13, Mohd Bakri berkata PDRM diberi latihan dan kursus khas termasuk 'ex ballot III' bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik ketika proses itu berlangsung.

"Dari sudut penyiasatan pula, kita telah menjalankan kursus-kursus 'in service' berdasarkan kepada keperluan dalam pilihan raya," katanya.

Mohd Bakri berkata pegawai dan anggotanya telah dilatih dan bersedia sejak empat bulan lepas bagi menghadapi pilihan raya umum kali ini.

"Kita juga telah berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Peguam Negara berkaitan dengan langkah-langkah dan tindakan kita bersama mereka," katanya.

Sebanyak 112,000 anggota polis akan terlibat bertugas pada PRU13. - Bernama

Monday 25 February 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Polis Akan Guna Undang-Undang





LAHAD DATU: Polis memutuskan untuk bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan menggunakan undang-undang berkaitan untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu.

“Kita akan membuat keputusan selepas melihat pelbagai faktor termasuk mengkaji kawasan persekitaran dan dalaman sebelum bertindak. Kita menunggu masa yang sesuai dan ini bermakna tiada lagi rundingan. Kita akan berlandaskan undang-undang…kalau ingin dakwa di mahkamah kita akan gunakan…ini terpulang kepada kita.
“Kami tidak kira mereka datang dari mana sama ada dari Kesultanan Sulu… tapi kita tahu mereka adalah orang luar yang datang ke negara kita dan mencabuli undang-undang dan kedaulatan negara.

“Kita boleh lihat kesalahan itu banyak. Mungkin kita boleh mengambil tindakan di bawah kesalahan Kanun Keseksaan atau bersama undang-undang yang berkaitan,” katanya kepada pemberita di Kompleks Pasukan Polis Marin Lahad Datu di sini, Isnin.

Hamza berkata polis akan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan tidak akan berkrompomi terhadap isu pencerobohan ke atas negara ini bagi menjamin dan mempertahankan kedaulatan tanah air.
Beliau turut menafikan berlaku perbalahan sehingga mengakibatkan dua kematian di kawasan itu dan menambah pihaknya akan menyiasat perkara itu.

klik link untuk berita lanjut http://www.suaragenerasibaru.com/?p=70381

Manifesto Pakatan Pembangkang- Beri Macam-Macam,Mansuh Macam-Macam




1.Usai sudah majlis pelancaran Manifesto Pakatan Pembangkang tengahari tadi di SACC Mall Shah Alam yang menyaksikan lagi tambahan janji demi janji untuk rakyat jelata yang kehausan kemanisan mulut pemimpin yang suka berjanji.
2.Tiada yang istimewanya manifesto kali ini yang hanya mengubah dan mencedok sebahagian besar dasar 100 hari Buku Jingga yang menemui kegagalan dalam memikat hati rakyat Malaysia.
3.Harga minyak turun,mengurangkan hutang negara,pendidikan percuma,rumah mampu milik,sejuta peluang pekerjaan dan pelbagai lagi janji ditaburi di dalam SACC Mall ini hanya menambahkan kemarahan rakyat di Negeri yang di perintah mereka. Lihat sahaja di Selangor dimana hanya 1-2 manifesto yang di tunaikan dari 31 Janji dalam Manifesto, dan apakah rakyat akan terus percaya dengan manifesto yang baru dan menghalalkan manifesto yang dirangka pada PRU12?
4.Turun Harga Minyak- Menurunkan harga minyak salah satu janji yang sangat lemah, dan rakyat seharusnya tidak mudah tertipu dengan segala yang dijanjikan. Anwar dalam ceramah sering membandingkan tentang harga minyak ketika zaman dia menjadi Menteri Kewangan dahulu, apakah Anwar lupa ketika dia menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri harga minyak dunia sekitar USD20 , berbanding sekarang yang mencecah USD90. Ya boleh guna duit Petronas tetapi sampai bila? Bukit kalau ditarah akan rata juga, kerana jika diikutkan kalau harga minyak dikurangkan bermakna subsidi kerajaan tanggung lebih besar dan adakah itu tidak melibatkan bebanan kerajaan dan menambah hutang negara yang sedia ada? dan apakah ada negara yang sedang membangun dan maju tidak berhutang?

Sunday 24 February 2013

112,000 Polis Siap Sedia Hadapi PRU-13




PETALING JAYA: Pasukan polis mula mengadakan latihan bagi semua anggotanya di seluruh negara, kecuali Sabah, sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata, latihan selama dua hari itu yang melibatkan kira-kira 112,000 anggota daripada semua unit dan jabatan akan memberi tumpuan kepada senario yang berbeza iiatu sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.
“Ia akan menguji kesediaan kami untuk sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya pada Sabtu.
Menurut Salleh, latihan yang dikenali dengan kod nama ‘X-Undi’ itu adalah untuk memastikan bahawa kakitangan pasukan keselamatan berkenaan tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan ketenteraman dan keselamatan awam.

klik sini untuk berita lanjut: http://www.suaragenerasibaru.com/?p=70155