Sunday 20 May 2012

Program Tautan Kasih


Belia-belia dan para remaja yang menganggotai sukarelawan Al Falah DUN N4 Pantai Damai Menunjukkan semangat berkobar-kobar semasa menghadiri kem 3 hari 2 malam Program Tautan Kasih anjuran YADIM di Kg.Pandan,Lundu,Sarawak.

Kolaboratif bersepadu basmi gejala sosial di Kuching.



Kolaboratif bersepadu badan bertindak yang diketuai PDRM bersama RELA, penguat kuasa DBKU, penguat kuasa JAIS, Kastam, KRT dan JKKK adalah perlu diwujudkan untuk tindakan proaktif bagi membasmi tempat-tempat panas di bandar raya Kuching ini.Ini kerana ramai remaja dimasa kini sering membuang masa dengan budaya yang tidak sihat seperti minum arak,lepak,meghidu gam serta pergaulan bebas.

Perkara itu disarankan Dr Abdul Rahman Junaidi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN Pantai Damai serta mencadangkan agar usaha tersebut dimulakan di tebingan sungai kawasan Seberang Hilir.

“Kelakuan meminum minuman keras dan mencetuskan gangguan kepada masyarakat setempat, pengambilan pil-pil psikotrofik, penghiduan gam, judi, seks bebas, pecah rumah, kecurian kabel elektrik dan telefon, kecurian besi penutup longkang dan peras ugut adalah fenomena yang sering dilaporkan.

“Untuk itu, satu langkah pencegahan dan tindakan bersepadu patut dijalankan oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab,” katanya.

Jelas beliau, kesan negatif tersebut adalah daripada proses urbanisasi yang tidak terkawal sehingga mewujudkan sekelompok anggota masyarakat yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan arus pembangunan bandar.


“Maka lahirlah gejala sosial seperti jenayah, keruntuhan moral, amalan hidup songsang dan tekanan hidup.

“Yang malangnya majoriti yang terlibat adalah golongan muda dan remaja,” katanya lagi.

Justeru, Dr Abdul Rahman berharap dengan pelaksanaan tindakan bersepadu melibatkan agensi-agensi bertanggungjawab tersebut akan mampu mengurangkan masalah sosial yang boleh menjadi barah dalam masyarakat.

Saturday 19 May 2012

PLKN Medium Khas Belia Membina Diri Menjadi Insan Yang Berdisiplin.

PLKN telah ditubuhkan bermula tahun 2004 dulu.Program ini bertujuan untuk melahirkan bangsa Malaysia menjadi satu organisasi terunggul dan misinya agar memastikan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) ini dilaksanakan secara cekap dan juga berkesan.

Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) juga adalah satu platform khas untuk membentuk remaja agar mempunyai semangat jati diri,semangat patriotisme serta semangat cintakan negara dan juga merealsasikan hasrat negara untuk memupuk perpaduan kaum serta intergrasi nasional dan juga salah satu usaha untuk membentuk perwatakan positif kepada remaja menrusi nilai-nilai murni,menyemarakkan semangat kesukarelaan dalam PLKN dan seterusnya melahirkan generasi muda (belia) yang lebih cergas ,cerdas dan penuh keyakinan terhadap diri sendiri.

Di masa kini kita sering kali mendengar bahawa isu perkauman merupakan satu isu sensitif di kalangan masyarakat sekarang.Dengan adanya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ini,adalah merupakan satu medium bagibelia memahami satu sama lain berkaitan sensitiviti,adat dan tradisi kaum/kumpulan etnik.

Kini PLKN telah sampai keSiri ke9 bagi tahun 2012 dan melalui Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) ini ramai belia yang menyertai PLKN telah mentranformasikan belia yang sebelum ini mempunyai masalah keperibadian serta masalah sosial dn kini menjadi lebih berwawasan dan berdisiplin serta mempunyai peluang yang cerah satu hari kelak.Ramai ibu bapa bangga dan teruja apabila anak mereka terpilih menyertai program ini.

Dalam salah satu ucapan Datuk Dr Tiki Lafe selaku Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara(MLKN) semasa beliau berucap semasa majlis perasmian di Kem Puncak Permai,Bau di Sarawak yang lalu beliau menyatakan bahawa Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan dengan perbezan dalam budaya dan adat.Beliau juga menyatakan kebanyakan pelatih majoritinya adalah lepasan sekolah dan masih muda dan banyak lagi cabaran yang perlu ditempuh termasuk dari pengaruh rakan sebaya dan dunia siber.

Tambah beliau lagi,perlaksanaan modul dalam PLKN akan membentuk mereka menjadi individu yang bernilai positif,ptriotisme serta berkeyakinan tinggi dan pada masa yang sama ia juga berupaya mencegah belia daripada terlibat dalam perlumbaan motosikal haram(rempit),dan penyalahgunaan dadah serta gejala sosial bebas.

“Modul baru yang diperkenalkan “Reproductive & Social Health” bertujuan untuk menyemai kesedaran kepada belia tentang kesan penglibatan dalam aktiviti negatif.Dalam siri sebelum ini, modul yang telah diperkenalkan bukanlah untuk mengajar tentang seks tetapi ianya adalah sebagai pendekatan holistik dan pengajaran komprehensif termasuk biologikal,sosial budaya,fisiologi dan kerohanian” kata beliau lagi.

Dengan ini kita dapat melihat betapa prihatin pihak kerajaan membuat program-program kesdaran seperti ini khas untuk belia supaya mereka tidak terjerumus ke lembah aktiviti sosial bebas dan tidak berfaedah.

Thursday 17 May 2012

Kursus Asas Mendaki Tembok (SEACF) 2012.

Caption: Foto kenangan selepas tamat kursus.

Bau- Pada 5-6 Mei 2012 yang lepas JBSN Sarawak mengadakan satu Kursus Asas Mendaki Tembok SEACF Tahap 1 di Fairy Cave,Bau,Sarawak.Ini adalah anjuran bersama dengan Kelab Aktiviti Sukan Lasak Kuching @ Kenyalang (KALK).

Penyertaan bagi peserta kursus seramai 35 0rang belia dari STB dan Kolej Komuniti Bau.Tujuan utama kursus ini adalah salah satu usaha untuk melahirkan seramai mungkin penggiat sukan mendaki yang akan menjadi pemangkin aktiviti pendakian negara.Peserta-peserta yang mengikuti kursus tersebut terus mendapat Sijil Asas Mendaki Tembok dari South East Asean Climbing Federation (SEACF) Tahap1.

Peserta juga diberi taklimat pengenalan tenteng keselamatan,peralatan yang digunakan serta teknik mendaki dan latihan pratikal diberikan serta yang paling utama adalah teknik simpulan tali.

Selain itu juga objektif utama adalah merupakan permulaan untuk mempromosikan serta mengembangkan aktiviti-aktiviti sukan lasaksehingga ke peringkat tertinggi,serta melatih seramai yang mungkin tenaga penggerak sukan mendaki yang boleh diketengahkan selain dapat menyediakan atlet pelapis negara bertanding ke peringkat antarabangsa.Ini adalah usaha untuk memberi pendedahan kepada golongan muda mempunyai potensi dalam bidang sukan untuk mempamer dan meningkatkan potensi kearah kecemerlangan.

Kursus Asas Kayak (Star One).

Caption: Gambar peserta tamat Kursus Asas Kayak.


Pada 12-13 Mei lalu, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Asas Kayak bertempat di Tasik UNIMAS di Kuching,Sarawak.Kursus ini memperkenalkan kayak dikalangan peserta kursus berserta Teori Star One/Water Confident.

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan kepada peserta tentang kayak bagi meneruskan usaha Kementerian Belia Dan Sukan untuk memperkembang dan mempelbagaikan aktiviti sukan air khususnya kayak selaras dengan matlamat KBS dalam menyediakan peluang kepada orang ramai dalam sukan rekreasi dan seterusnya memupuk masyarakat Sihat,Cergas dan Bersatu.

Penyertaan belia untuk Kursus Asas Kayak ini seramai 41 orang disertai oleh belia dari UNIMAS,UITM,Sekolah Tunas Bakti,dan belia-belia dari sekitar Kota Samarahan.Kursus ini dirasmikan oleh En. Mohd Mazlan Haji Anis selaku Penolong Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak.

Kursus selama dua hari ini amat bermakna kepada peserta-peserta kursus kerana kursus tersebut ada menjalankan ujian teori dan pratikal kepada setiap peserta.Kursus seperti ini hendaklah dibuat lagi dimasa akan datang serta memupuk minat belia daripada mereka menyertai aktiviti tidak sihat.Syabas JBSN SARAWAK!

Sembang Mesra Belia P218 Sibuti

Sembang Mesra Belia diadakan di Parlimen P218 Sibuti bagi DUN N62 Lambir pada 28.April.2012 yang lalu bermula jam 7 malam sehingga jam 10.30 malam bertempat di Restoran Warung Puteri,Miri.

Barisan ahli kehormat yang hadir pada program tersebut, ialah YBHG En. Nazri Ahmad Lai selaku pegawai khas Ahli Parlimen P.218 Sibuti dan YBHG En. Daniel Batin iaitu Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri.


Golongan yang hadir adalah terdiri dari golongan belia dan beliawanis bagi DUN N.62 Lambir yang berumur dalam lingkungan 21-40 tahun seramai 87 orang bagi memeriahkan program tersebut.


Sepanjang sesi dialog terbuka tersebut,isu-isu yang dikemukakan antaranya ialah permohonan bagi membina gelanggang futsal ataupun gelanggang sukan di kawasan Taman Tunku Miri.Isu kedua yang dikemukakan bahawa belia dan beliawanis inginkan peluang ekonomi untuk meningkatkan kos sara hidup yang kian bertambah di masa kini.


Isu ketiga pula ialah,memohon supaya pihak kementerian serta pihak-pihak berkaitan supaya menyalurkan peruntukan penyelengaraan bagi Gelanggang Futsal 1 Malaysia Tunku Abdul Rahman,Lambir yang kini semakin uzur disebabkan ketiadaan jawatankuasa yang menjaga gelanggang tersebut.


Bagi isu semasa pula adalah para pengundi muda masih lagi keliru dan terpengaruh dengan janji-janji palsu pihak pembangkang sehingga memecahkan undi calon Barisan Nasional ini adalah berdasarkan status pada pilihan raya Umum sebelum ini.

Karnival Permotoran Hujung Minggu Miri(Miri Bike Week)




Miri- Bermula dari 11.Mei.2012 (Jumaat) telah diadakan satu karnival permotoran di Bandaraya Miri.Lokasinya ialah di Taman Bulatan Miri sebuah taman rekreasi terkenal yang terletak di Jalan Krokop Lama di tengah Bandraya Miri.Karnival ini adalah anjuran sebuah kelab motosikal iaitu Kelab Head Hunter Borneo Island.

Karnival tersebut bukan sahaja dihadiri oleh penunggang-penunggang motosikal dari Sarawak sahaja malah kehadiran salah satu kelab dari Semenanjung Malaysia hadir untuk memberikan sokongan bagi memeriahkan karnival tersebut.Bukan itu sahaja malah orang luar dari negeri jiran Brunei Darulsalam juga hadir sebagai peserta.

Karnival dua hari tersebut,telah mengadakan berbagai acara seperti paertandingan motor"Bike Competition" yang dibuka penyertaan kepada semua jenis motosikal bermula dari motosikal jenis kapcai,skuter,serta bermacam jenis motosikal berkuasa tinggi juga menyertai pertandingan tersebut.Selain itu pertandingan sampingan seprti gusti lengan,slow ride competition dan Burn Out Competition.
























Malam 12.Mei.2012,satu pertandingan "Burn Out" telah diadakan dan 4 buah motosikal berkuasa tinggi dari 500-1000 cc menyertainya dan hanya dua sahaja yang layak ke peringkat akhir dan dimenangi oleh En.Andy pemilik motosikal jenis Yushong 650cc(BAB 6864) dan tempat ke2 dimenangi oleh En.Rosman dan kedua-duanya dari Brunei Darulsalam.

Setelah acara itu satu persembahan dari satu kumpulan rock jemputan berasal dari Sarawak Rockaholic diterbangankan khas dari Kuching,dan seterusnya persembahan dari artis undangan iaitu Ali Mpire yang dijemput khas dari Semenanjung Malaysia dan ini amat serupa dengan tema karnival pada kali ini iaitu "You Ride You Rock Heavy Metal"


Kehadiran pengunjung amtlah meriaah kerana bukan sahaja dari Sarawak malah pengunjung dari negara jiran seperti Brunei darulsalam dan dari Sabah juga turut hadir memeriahkan karnival tersebut.Jualan booth selling dari kelab-kelab motor dari Sibu,Miri,Kuching,semenanjung Malaysia,Indonesia dan juga Brunei Darulsalam juga ada.

Friday 11 May 2012

Seminar Pembangunan PESRON Peringkat Negeri Sarawak 2012


Caption: Dari kiri atas pentas En.Ahmad Bin Osman, YB Abdul Rahman,Tuan Haji Razali Bin Muhamad.

Program Seminar Pembangunan PESRON bagi Negeri Sarawak telah diadakan selama 3 hari bermula pada 4 Mei yang lalu dan berakhir pada 6 Mei yang bertempat di Auditorium Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak (KOMBES).

Seminar ini dihadiri seramai 47 orang ahli PESRON terdiri daripada atlit-atlit paralimpik dan diketuai oleh presiden persatuan tersebut ialah En.Ahmad Bin Osman.Seminar ini merupakan salah satu daripada tiga program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak pada hujung minggu yang lalu.

Seminar ini bertujuan sebagai langkah pertama untuk mempromosi serta mengembangkan lagi aktiviti sehingga ke peringkat akar umbi serta membuka peluang kepada agensi yang berkaitan seperti JBS, JKM, MSN Dan PESRON supaya berganding bahu untukmeningkatkan llagi kemahiran pengurusan dan merancang program serta aktiviti bagi golongan kelainan upaya ini(OKU).

Pada hari terakhir iaitu pada 6.Mei lalu, seminar tersebut telah dirasmikan penutupan oleh YB Abdul Rahman selaku Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN N.4 Pantai Damai.

Dalam ucapan beliau menyatakan perlunya rancangan rapi untuk berhadapan dengan sukan paralimpik yang akan datang pada Oktober 2012 di Pahang dan sekaligus menyatakan bahawa adalah tidak mustahil untuk Negeri Sarawak menjadi johan untuk kali ke-10 setelah 9 kali menjadi Johan di Sukan Paralimpik Kebangsaan.” Agi Idup Agi Ngelaban” SARAWAK boleh....

Terima Kasih En.Joshua Anak Ijau

Caption: SERONOK...Para belia dari Rumah Sait, Selepong Lop sedang bermain sepak takraw di atas gelanggang baru sepak takraw yang dibina secara individu oleh Joshua Ijau sebelum ini.

SRI AMAN–Selalunya kita mendengar bahawa terdapat persatuan atau syarikat swasta dan pihak kerajaan tertentu yang sering melaksanakan tanggungjawab sosial khas untuk belia dan terhadap kebajikan hidup rakyat selama ini.

Namun begitu seorang individu telah tampil menunaikan tanggungjawab masing-masing demi membantu kebajikan hidup rakyat melainkan sebab politik amatlah jarang didengar oleh semua pihak selama ini.

Di Rumah Sait, Selepong Lop, Sri Aman, seorang kakitangan kerajaan telah menunaikan tanggungjawab sosialnya untuk golongan belia di situ dengan membina sebuah gelanggang sepak takraw bagi kegunaan mereka.

Sumbangannya mungkin tampak kecil namun jika dinilai secara mendalam, kita akan mendapati bahawa amat jarang individu yang sanggung mengeluar sejumlah besar wang simpanannya sendiri bagi membina gelanggang sukan demi belia kampung.

“Kisahnya bermula apabila saya sering memerhatikan para belia kampung (Rumah Sait, Selepong Lop) meluangkan waktu lapang mereka dengan bermain sepak takraw di atas tanah pada setiap waktu petang.

“Faktor ini telah menimbulkan niat saya untuk mengeluarkan wang saku sendiri bagi membina gelanggang sepak takraw yang baru demi kegunaan mereka,” kata Penolong Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Mejar (RELA) Joshua anak Ijau.

Beliau yang juga merupakan anak jati kampung Selepong Lop telah membawa semua belia kampung untuk bergotong-rotong membina gelanggang sepak takraw di situ selama satu minggu sebelum ia mula digunakan semenjak sebulan lepas.

Projek pembinaan gelanggang sepak takraw terbabit kata Joshua merupakan kejayaan manis bagi beliau yang secara tidak langsung telah mendidik para belia kampung untuk mengamalkan gaya hidup sihat selepas ini.

“Seorang kakitangan kerajaan juga perlu menunaikan tanggungjawab sosial. Justeru saya berharap agar lebih ramai individu mencontohi usaha seperti ini demi kebajikan belia kampung pada masa akan datang,” katanya.

Disini kita dapat melihat bertapa prihatinnya seorang penduduk waima seorang kakitangan kerajaan kerana sanggup menghulurkan sumbangan ikhlas kepada belia di kampung beliau,ini merupakan satu hadah bagi belia di kampung tersebut kerana selama ini bermain di tempat bertanah bila musim hujan pasti tanahnya becak.Terima kasih En.Joshua Anak Ijau.


Friday 4 May 2012

Kombes Sarawak Diserang "Geng" Basikal.





Sabtu 28.April.2012:- Hampir 700 orang "belia berbasikal" berbagai jenis telah "menyerang" Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak seawal jam 7 pagi.

Kehadiran belia-belia tersebut di Perkarangan Kompleks Belia Dan Sukan adalah adalah bagi memulakan misi kayuhan basikal ke Program Jelajah Janji Ditepati oleh YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bertempat di Perkarangan Kompleks Wisma Bapa Malaysia,Jalan Astana,Kuching.

Program kayuhan basikal yang mengambil masa satu jam itu juga turut disertai oleh golongan kurang upaya OKU iaitu En.Junaidi Bin Pauzan yang memegang rekod berbasikal dari Miri ke Kuching.Terdapat pelbagai jenis basikal yang sempat dipamerkan termasuk basikal Recorn dari Jepun.

Menurut pihak penganjur, "Geng Basikal" En.Zikri Datuk Mohamad Mortadza, walaupun makluman untuk program ini diberitahu agak lambat, namun kehadiran belia-belia berbasikal amat memberangsangkan bermula sejak awal pagi lagi.

Menurut beliau lagi jumlah belia berbasikal yang menyertai program ini boleh ditingkatkan lagi jika lebih banyak masa diberikan kepada mereka, tambah En. Zikri lagi.