Monday 26 March 2012

MAJLIS PERASMIAN PESTA KAUL MUKAH 2012 
Tarikh : 21 April 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Taman Kala Dana, Mukah


MUKAH-Pesta Kaul Mukah pada tahun ini akan diadakan pada 21 April 2012 sehingga 29.April 2012.Ia akan bermula pada jam 9pagi di Dewan Kala Dana Mukah,Sarawak.Pada pesta tersebut berbagai-bagai acara telah diatur sepanjang Pesta tersebut.

Pesta kaul adalah merupakan pesta yang diraikan oleh etnik melanau di Sarawak.Asalnya pesta ini diadakan selepas selesainya musim menuai bagi masyarakat melanau di pendalaman atau juga merupakan pesta pantai bagi merayakan musim menangkap ikan bagi masyarakat melanau yang tinggal di persisir pantai.





Satu ketika dahulu, kaul merupakan upacara pemujaan dan penyembahan oleh masyarakat melanau pagan kepada dewa-dewa mereka yang bergelar’ipuk’oleh segelintir suku kaum melanau. Upacara ini dalah bagi menandakan rasa bersyukur mereka kerana dilimpahkan dengan rezeki murah oleh ipuk merekaserta telah dilindungi dari malapetaka dan wabak penyakit....




Sebagai tanda terima kasih,mereka akan menyediakan sajian merupakan pulut kuning,sireh kapur berpinang,bertih padi, dan rokok daun nipah yang sesuai dengan rutin masyarakat melanau setempat.selain itu juga,beberapa jenis kuih juga menjadi sajian wajib yang akan diletakkan didalam pinggan yang diperbuat daripada daun pokok nipah dan diletakkan didalam bekas bertiang dipanggil SEREHANG...
Walau bagaimanapun,upacara kaul ini telah bertukar menjadi pesta apabila ramai masyarakat melanau menganut  agama kristian ataupun islam.pesta yg diadakan pada setiap tahun ini adalah merupakan acara bagi memperingati tradisi peninggalan nenek moyang satu masa dahulu dan tanpa pemujaan.




Satu lagi keistimewaannya ialah permainan yang paling sinonim dengan pesta kaul ini ialah tibau.Tibau ialah sejenis buaian gergasi yang akan dimainkan oleh para pemuda pemudi.

Monday 12 March 2012

PROMO PESTA BENAK 2012

SRI AMAN BANDAR BENAK


Saya pasti anda semua pernah mendengar tentang meluncur ombak laut (sea surfing),tetapi saya yakin bahawa anda semua belum pernah lagi mendengar tentang meluncur ombak sungai (river surfing) dan saya juga percaya bahawa keunikan sukan yang amat menakjubkan ini hanya boleh didapati di Sarawak sahaja melalui festival tahunan iaitu Pesta Benak.
Benak juga dikenali sebagai “Tidal Bore”, Benak berlaku pada setiap hari dengan jarak gelombang dan ketinggian ombak yang berbeza.
Bagaimanapun,sepanjang masa air pasang besar,ia boleh diperhatikan dengan jelas dan pada masa inilah luncur ombak sungai menjadi realiti.
Seperti yang kita tahu,hanya lima tempat di seluruh Asia yang mengalami kejadian Benak ini.Dan Sri Aman pasti akan menjanjikan kepuasan untuk melihat ombak yang terbaik.
Ia akan menjadi festival tahunan yang akan diadakan pada setiap tahun dan boleh menjadi destinasi perlancongan yang teramat mengujakan.
Jadi saya sarankan tuan-tuan dan puan-puan pergi ke Bandar Sri Aman untuk merasai sendiri keunikkan Pesta Beenak pada tahun ini yang mungkin akan menjanjikan kepuasan terhadap tuan-tuan dan puan-puan,ia sejajar dengan temanya Sri Aman Bandar Benak.