Thursday 28 June 2012

60 PEGAWAI BELIA DAN SUKAN, PEGAWAI AGENSI KERAJAAN, JURULATIH, TEKNIKAL, SUKARELAWAN DAN NGO HADIRI KURSUS PENGENDALIAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

MIRI: Dianggarkan seramai 60 orang Pegawai Belia dan Sukan, Pegawai Agensi Kerajaan, Jurulatih, Teknikal, Sukarelawan dan NGO akan menghadiri Kursus Pengendalian Orang Kelainan Upaya (OKU) Peringkat Zon 2012 yang akan diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 29 Jun hingga 1 Julai 2012 bertempat di Hotel Dynasty, Miri.

Program ini merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dan Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kelainan Upaya (PESRON) Negeri Sarawak.

Program ini nanti akan dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan, Pegawai-Pegawai Agensi Kerajaan, Jurulatih, Teknikal, Sukarelawan dan NGO dari Sabah, Labuan dan Sarawak. Dalam pada itu, menurut Ketua Pejabat, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri, Encik Mohammad Shukeri Bin Drahman, Objektif kursus ini adalah untuk mempromosikan dan mengembangkan aktiviti-aktiviti Sukan Paralimpik kepada masyarakat luar dan melahirkan lebih ramai sukarelawan yang mahir dan pakar dalam pengendalian masyarakat OKU. Beliau juga menambah, Program yang seumpama ini dilaksanakan untuk merancang dan melaksanakan program latihan yang lebih tersusun dan bersistematik dengan mengambil kira pendekatan ilmu sains sukan agar mendapat hasil yang lebih membanggakan. Malah ia juga diharap dapat melahirkan lebih ramai sukarelawan yang mahir dan pakar dalam pengendalian masyarakat OKU. Dengan kejayaan demi kejayaan yang berjaya ditempah oleh Negara, program seperti ini diharapkan dapat terus membaiki mutu skuad Paralimpik Malaysia sekaligus mengharumkan lagi nama Negara di pesada sukan antarabangsa.


Sementara itu, menurut Pegawai Penyelaras Program, Encik Mohd Soffi bin Azizan berkata, Program seperti ini sangat baik dan diharapkan dapat diperbanyakkan lagi untuk memastikan semua golongan rakyat Malaysia, OKU khususnya tidak ketinggalan untuk memberi sumbangan serta tidak dipinggirkan dalam apa juga aktiviti kemasyarakatan mahupun sukan. Beliau turut menambah, Kontinjen Negara pernah meraih 1 gangsa diraih oleh P.Mariapan pada tahun 1988 di Seoul. Pada tahun 1992 di Barcelona 1 perak dimenangi oleh Cheok Kon Fatt (Powerkifting) dan 2 gangsa dimenangi oleh P.Mariappan (Powerlifting) dan Mohd Khasseri Othman (Olahraga). Penantian selama 16 tahun berakhir dengan kejayaan Siow Lee Chan meraih 1 gangsa di Beijing pada tahun 2008 dari sukan Powerlifting. Antara sukan yang pernah melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Beijing 2008 ialah olahraga, powerlifting, renang, memanah dan pelayaran.

Peserta-peserta program selama 3 hari 2 malam tersebut akan didedahkan beberapa siri ceramah dan taklimat yang akan diketuai sepenuhnya oleh Prof. Madya Dr. Tiun Ling Ta dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Antara ceramah yang bakal dibentangkan adalah Pengenalan OKU, Memahami Golongan ID, Memahami Penglihatan OKU, Peranan Sukarelawan dan cara Interaksi dengan OKU, Memahami Fizikal OKU, Memahami Pendengaran OKU, Memahami Undang-Undang Berkaitan OKU 2008, Memahami Keperluan dan Spesifikasi Kemudahan OKU dan Cara Berinteraksi dengan OKU.

40 REMAJA HADIRI KURSUS ASAS KEMAHIRAN MENYELAMAT DAN PERTOLONGAN CEMAS JUNIOR MYCORPS PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2012

MIRI: Dianggarkan seramai 40 orang remaja dari bahagian ini akan menghadiri Kursus Asas Kemahiran Menyelamat dan Pertolongan Cemas Junior Mycorps Peringkat Negeri Sarawak 2012 yang akan diadakan selama 5 hari bermula pada 25 Jun hingga 29 Jun 2012 bertempat di Kampung Sukan Petronas, Miri.

Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Program ini nanti akan dihadiri oleh golongan remaja dari berbilang kaum yang berumur 18-25 tahun yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dalam pada itu, menurut Ketua Pejabat, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri, Encik Daniel Batin, Kursus Kemahiran Menyelamat dan Pertolongan Cemas Junior MyCorps ini merupakan program hasil inisiatif Makmal Transformasi belia yang akan melahirkan Pemimpin Pelapis Sukarelawan di peringkat Negeri yang berktrampilan, dinamik serta kompeten dalam kemahiran kesukarelawan bagi memberikan pendekatan proaktif dalam bidang kesukarelaan. Inisiatif ini bertujuan menggalak dan meningkatkan semangat kesukarelaan dikalangan generasi-Y melalui pengalaman dan pembelajaran mereka dalam bidang kemahiran dan kesukarelaan. Sementara itu, menurut Pegawai Penyelaras Program, Cik Norafizahwati Binti Banting berkata, program ini menuntut kerjasama antara Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan peserta yang menyertai kursus ini akan ditauliahkan sijil kemahiran JPAM dan PBSM dengan mengikuti kelas, latihan dan ujian yang berkaitan.

Peserta-peserta program selama 5 hari tersebut akan didedahkan dengan latihan dan ceramah ceramah pengurusan sukarelawan, peluang-peluang KBS, iVolunteer, Networking, Pengenalan PBSM & Pertolongan Cemas, Luka & Pendarahan, Kecederaan Terbakar, Balutan, Renjatan, kecederaan tulang & usungan, bantuan hidup asas (CPR), pengenalan JPAM, Bencana, mengurus pusat pemindahan, teknik ikatan & Simpulan Asas, melawan kebakaran dan kraf khemah & ikhtiar hidup asas. Diakhir sesi peserta-peserta akan melalui peperiksaan kendalian PBSM dan JPAM.

Majlis Perasmian Penutupan itu nanti dijangka akan dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang, Ahli Parlimen P. 218 Sibuti dan akan turut dihadiri oleh Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Yang.Berusaha Tuan Haji Razali Mohamad.

Thursday 7 June 2012

Fenomena Sukan Terbaru Airsoft




Team Airsoft Malaysia.

Airsoft telah pun mula berada di Malaysia semenjak dua tahun yang lalu, dan ia merupakan permainan terbaru yang baru mula bertapak di Malaysia disamping memperkenalkan kepada ramai pihak dan secara umumnya sukan ini telah diperkenalkan kepada umum bersempena Hari Belia Negara 2012 di khemah Gerakan Belia 4B Malaysia yang baru-baru sahaja berlalu dan ia ditaja sepenuhnya oleh Penaja Utamanya ialah Advance Group yang dibawah naungan Dato' Zamri Nordin.



Ia adalah merupakan sejenis permainan yang mensimulasikan kegiatan seperti polis dan askar dan menggunakan replika senjata api yang dikenali sebagai Airsoft Gun.Airsoft Gun atau dikenali sebagai marker AEG (Automatic Electronic Gun) yang digunakan sebagai marker dalam sukan Airsoft ia adalah merupakan alternatif daripada Paintball yang sedia ada sekarang.
airsoft dicipta khas untuk peminat serta pencinta senjata secara positif untuk merasai senjata secara realiti pada amnya untuk pengguna individu dan pengaplikasian strategi pertempuran dalam permainan perang/skirmish jika ada dalam satu komuniti.

Ia mempunyai perbezaan dari segi operasi dan juga pelurunya, penggerak utama AEG marker menggunakan dynamo motor yang dijana kuasa bateri dan ia adalah cara yang paling digemari oleh pengguna Airsoft.

Kos pengendalian Airsoft lebih murah berbanding menggunakan gas seperti Paintball.Pelurunya juga murah berbanding dengan peluru Paintball.Ia cuma sebagai alternatif pilihan kepada pengguna untuk memiih jenis dan kos sukan yang menjadi pilihan mereka.

Pada awalnya permainan ini amat terkenal di Jepun pada tahun 1970 dimana pemilik persendirian tidak mungkin untuk mendapatkannya kerana begitu ketatnya peraturan dan seterusnya para peminat tegar sukan ini mencari satu alternatif yang rasmi serta sah untuk melakukan secara sah sukan bersenjata ini.

Kini kegiatan sukan Airsoft sangat popular di Jepun,Hong Kong,Macau,Korea Selatan dan juga telah tersebar ke Filipina dan Indonesia. Ia juga semakin popular di Amerika Utara dan eropah khususnya di AmerikaSyarikat,Kanada,England,Jerman,Austria,Swiss,Perancis,Sepanyol,Polandia,Portugal,Sweden,Finland,Norway,Italy,netherland,Denmark dan Chile dan ianya menjadi semakin tersebar melalui Komuniti Internet yang aktif.

Dato' Seri Najib mengunjungi pameran diatas adalah jemputan Majlis Belia 4B Malaysia.Penaungnya Dato'Zamri Nordin iaitu penaja utama Advance Group dan penaja bersama MGC.

Kini sukan ini mula dikenali di Malaysia dan akan berkembang melalui penyertaan yang amat memberansangkan serta lebih ramai menyertai sukan ini di masa hadapan.

Sunday 3 June 2012

Belia Buktikan Sokong Kerajaan Di HBN2012.

HBN 2012 telah pun melabuhkan tirai dengan rasminya pada 27.Mei.2012 yang lalu. HBN 2012 telah berjaya mencapai sasarannya untuk mengumpulkan 2.4 juta belia pada program yang berlangsung selama 5 hari bermula dari 23.Mei.2012 yang lalu. Ia selaras dengan sasaran mengumpulkan Himpunan Jutaan Belia.

Ini membuktikan bahawa belia masa kini adalah matang, peka serta bijak menilai pucuk pimpinan yang mampu memberi pembaharuan serta merubah nasib mereka.Belia dimasa kini sangat bijak memilih pihak mana yang sememangnya patut meneraju serta memikul tanggungjawab untuk memimpin negara ini.

"Najib Adalah Jaguh Inspirasi Belia" sepanduk yang dibawa oleh para belia dari Majlis Belia Pulau Pinang.

Belia dimasa kini sangat bijak memilih pihak mana yang sememangnya patut meneraju serta memikul tanggungjawab untuk memimpin negara ini.

Pada hari perasmian HBN 2012 YAB Perdana Menteri berucap menyatakan “Golongan belia yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi adalah belia yang berhimpun secara aman, melontarkan rasa cintakan keamanan negara, beradab serta menghormati undang- undang negara dan bukan menjadi belia yang suka melakukan keganasan”.

Tetapi pelbagai spekulasi dari pihak pembangkang mengenai HBN 2012 ini adalah program tidak sihat. Apa motif mereka yang sebenarnya??? Mereka hanya tahu membuat tuduhan yang tidak berasas tanpa usul periksa. Seperti yang kita dengar isu mengenai K-pop dibayar dengan wang rakyat itu adalah tidak benar sama sekali, wang yang dibayar untuk K-pop adalah hasil dari pihak penaja.

Pihak KBS menerima tajaan sebanyak RM 28 juta dari syarikat swasta dalam bentuk wang tunai. Mana pulak datangnya isu duit rakyat... Mengenai bayaran kepada kumpulan K-pop tersebut adalah RM 900, 000 adalah merupakan kos tajaan Stadium First yang merupakan pembekal utama kepada program KBS.

Lagi isu yang dikeluarkan mengenai wang RM 30 tu... Alahai takkan la itu pun nak dijadikan isu jugak... Gambar yang dikeluarkan tu adalah gambar pekerja kilang dibawah Majlis Belia Sabah wang tu hanya sebagai wang saku bukan wang untuk meramaikan.. Mereka tu datang khas untuk pavillion negeri je.

Apa nak jadi arr dengan pihak pembangkang ni,Semua tu fitnah semata-mata dari pihak pembangkang. Ini semua kerana kejayaan HBN 2012 ni membuatkan mereka menjadi tak keruan.

Kejayaan HBN2012 ini adalah merupakan yang terbaik kerana belia menjadi semakin bijak berfikir demi kemajuan negara ini amat sesuai dengan tema HBN 2012 seperti yang dikatakan oleh YAB Perdana Menteri "Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini".


Penghijrahan Serta Keperluan Belia Hendaklah Sentiasa Diambil Kira.

Belia adalah pemangkin masa depan negara. Seringkali kita mendengar tentang penghijrahan belia dari luar bandar ke negeri adalah merupakan proses imigrasi dan bukanlah hanya pengabaian tetapi ia sebenarnya merupakan satu transformasi untuk pembangunan diri sendiri.

Ia adalah menurut apa yang dijelaskan oleh oleh Pengerusi Jawatankuasa pembangunan & Pengurusan Wanita Dan Belia Angkatan Zaman Mansang (AZAM) iaitu Puan NorJannah Razali semasa beliau berucap di Program Perasmian Gegaran Belia pada penghujung bulan Mei yang lalu bertempat di Kuching,Sarawak.

Tetapi belia hendaklah beringat tentang sesuatu,apa yang paling penting ialah masyarakat hendaklah perlu mengambil kira keperluan golongan belia luar bandar agar tidak terjebak dengan gejala sosial yang membimbangkan.

Keperluan golongan belia yang berhijrah dari luar bandar bukanlah semata-mata mencari pekerjaan tetapi untuk berkongsi kemudahan yang disediakan kerajaan. Tambah beliau lagi, walau bagaimanapun golongan belia luar bandar kebanyakkannya masih berpegang teguh kepada agama dan adat resam serta budaya masing- masing tetapi imigrasi telah mendedahkan mereka kepada dunia luar.

Berkemungkinan populasi setempat mempunyai pengaruh cenderung kearah gejala negatif tetapi aktiviti sosial terancang membolehkan remaja memupuk nilai-nilai murni. Dalam kehidupan seharian mereka.

Pengelolaan aktiviti seperti 'Gegaran Belia','Skate 4 Community', dan 'Tribal Bootcamp' ini semua adalah merupakan aktiviti kemasyarakatan ,riadah,sukan dan berbentuk ceramah agar golongan belia belia boleh dijadikan sebagai satu landasan. Bagi menyuarakan idea keharmonian sejagat dan mengelak daripada terjebak kepada aktiviti kurang sihat.

Aktiviti-aktiviti seperti ini adalah bersempena dengan Hari Belia yang lalu.
Pendekatan seperti ini,adalah sangat baik bagi belia supaya sentiasa berfikir secara rasional tanpa gejala negatif walaupun kita melihat kedua-dua program adalah berlainan iaitu melalui sukan dan muzik tetapi ia adalah bertujuan menggalakkan kreativiti dan juga pembangunan kendiri yang sihat.

300 Belia Hadiri Konvensyen Belia Negeri Sarawak 2012.

MIRI: Dijangka seramai 300 orang belia dari bahagian ini akan menghadiri Konvensyen Belia Negeri Sarawak 2012 yang akan diadakan pada 9 Jun 2012 bertempat di Dewan Besar, Institut Kemahiran Belia Negara, Miri.

Konvensyen ini anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak merupakan pengisian sempena sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2012.

Konvensyen ini nanti akan dihadiri oleh golongan belia yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga merupakan aktivis-aktivis belia.

Dalam pada itu, menurut jurucakap Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri, Encik Hamzah Md. Tahir objektif penganjuran Konvensyen ini untuk menanamkan semangat perpaduan dan muhibah di kalangan golongan belia berbagai bangsa yang mengamalkan agama, budaya dan adat resam yang berbeza bagi meneruskan pembangunan modal insan di negara ini selari dengan konsep “ 1 Belia 1 Malaysia”.

Beliau turut menambah, golongan belia perlu didedahkan dengan informasi yang terkini memandangkan golongan ini perlu lebih peka terhadap keadaan semasa samada dalam negeri mahupun di luar negeri.

Justeru itu, pelaksanaan program-program penerangan perlu ditingkatkan dan diberi penekanan bagi mempastikan golongan belia ini tidak mudah terpengaruh kepada anasir luar yang tidak menunjukkan situasi sebenar.

Turut dibentang semasa Konvensyen itu nanti, 3 kertas kerja iaitu ‘Cabaran Belia Dalam Dunia Pekerjaan: Satu Realiti’ oleh Jabatan Tenaga Kerja Miri,Sarawak.

Kertas kerja kedua bertajuk ‘Belia Penentu Halatuju Kepimpinan Negara: Dari Perspektif Politik’ oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri dan kertas kerja ke tiga bertajuk ‘Karier Kemahiran vs Makan Gaji, Mana Anda Pilih?’ oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri.

Majlis Perasmian Konvensyen itu nanti dijangka akan dirasmikan oleh Y.B. Tuan Haji Abd Karim Rahman Bin Hamzah, Menteri Muda Hal Ehwal Pembangunan Belia dan akan turut dihadiri oleh Residen Bahagian Miri, Encik Antonio Kahti Galis, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak, Encik Affandi Keli, Pemangku Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Haji Razali Mohamad, Setiausaha Eksekutif SABERKAS Kuching, Encik Izzuan Haroni dan Pengarah IKBN Miri, Encik Shamsul Tahrin Mohd Tahir.