Sunday 20 May 2012

Kolaboratif bersepadu basmi gejala sosial di Kuching.



Kolaboratif bersepadu badan bertindak yang diketuai PDRM bersama RELA, penguat kuasa DBKU, penguat kuasa JAIS, Kastam, KRT dan JKKK adalah perlu diwujudkan untuk tindakan proaktif bagi membasmi tempat-tempat panas di bandar raya Kuching ini.Ini kerana ramai remaja dimasa kini sering membuang masa dengan budaya yang tidak sihat seperti minum arak,lepak,meghidu gam serta pergaulan bebas.

Perkara itu disarankan Dr Abdul Rahman Junaidi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN Pantai Damai serta mencadangkan agar usaha tersebut dimulakan di tebingan sungai kawasan Seberang Hilir.

“Kelakuan meminum minuman keras dan mencetuskan gangguan kepada masyarakat setempat, pengambilan pil-pil psikotrofik, penghiduan gam, judi, seks bebas, pecah rumah, kecurian kabel elektrik dan telefon, kecurian besi penutup longkang dan peras ugut adalah fenomena yang sering dilaporkan.

“Untuk itu, satu langkah pencegahan dan tindakan bersepadu patut dijalankan oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab,” katanya.

Jelas beliau, kesan negatif tersebut adalah daripada proses urbanisasi yang tidak terkawal sehingga mewujudkan sekelompok anggota masyarakat yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan arus pembangunan bandar.


“Maka lahirlah gejala sosial seperti jenayah, keruntuhan moral, amalan hidup songsang dan tekanan hidup.

“Yang malangnya majoriti yang terlibat adalah golongan muda dan remaja,” katanya lagi.

Justeru, Dr Abdul Rahman berharap dengan pelaksanaan tindakan bersepadu melibatkan agensi-agensi bertanggungjawab tersebut akan mampu mengurangkan masalah sosial yang boleh menjadi barah dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment