Thursday 17 May 2012

Kursus Asas Kayak (Star One).

Caption: Gambar peserta tamat Kursus Asas Kayak.


Pada 12-13 Mei lalu, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Asas Kayak bertempat di Tasik UNIMAS di Kuching,Sarawak.Kursus ini memperkenalkan kayak dikalangan peserta kursus berserta Teori Star One/Water Confident.

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan kepada peserta tentang kayak bagi meneruskan usaha Kementerian Belia Dan Sukan untuk memperkembang dan mempelbagaikan aktiviti sukan air khususnya kayak selaras dengan matlamat KBS dalam menyediakan peluang kepada orang ramai dalam sukan rekreasi dan seterusnya memupuk masyarakat Sihat,Cergas dan Bersatu.

Penyertaan belia untuk Kursus Asas Kayak ini seramai 41 orang disertai oleh belia dari UNIMAS,UITM,Sekolah Tunas Bakti,dan belia-belia dari sekitar Kota Samarahan.Kursus ini dirasmikan oleh En. Mohd Mazlan Haji Anis selaku Penolong Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak.

Kursus selama dua hari ini amat bermakna kepada peserta-peserta kursus kerana kursus tersebut ada menjalankan ujian teori dan pratikal kepada setiap peserta.Kursus seperti ini hendaklah dibuat lagi dimasa akan datang serta memupuk minat belia daripada mereka menyertai aktiviti tidak sihat.Syabas JBSN SARAWAK!

No comments:

Post a Comment