Thursday 28 June 2012

40 REMAJA HADIRI KURSUS ASAS KEMAHIRAN MENYELAMAT DAN PERTOLONGAN CEMAS JUNIOR MYCORPS PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2012

MIRI: Dianggarkan seramai 40 orang remaja dari bahagian ini akan menghadiri Kursus Asas Kemahiran Menyelamat dan Pertolongan Cemas Junior Mycorps Peringkat Negeri Sarawak 2012 yang akan diadakan selama 5 hari bermula pada 25 Jun hingga 29 Jun 2012 bertempat di Kampung Sukan Petronas, Miri.

Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Program ini nanti akan dihadiri oleh golongan remaja dari berbilang kaum yang berumur 18-25 tahun yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dalam pada itu, menurut Ketua Pejabat, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri, Encik Daniel Batin, Kursus Kemahiran Menyelamat dan Pertolongan Cemas Junior MyCorps ini merupakan program hasil inisiatif Makmal Transformasi belia yang akan melahirkan Pemimpin Pelapis Sukarelawan di peringkat Negeri yang berktrampilan, dinamik serta kompeten dalam kemahiran kesukarelawan bagi memberikan pendekatan proaktif dalam bidang kesukarelaan. Inisiatif ini bertujuan menggalak dan meningkatkan semangat kesukarelaan dikalangan generasi-Y melalui pengalaman dan pembelajaran mereka dalam bidang kemahiran dan kesukarelaan. Sementara itu, menurut Pegawai Penyelaras Program, Cik Norafizahwati Binti Banting berkata, program ini menuntut kerjasama antara Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan peserta yang menyertai kursus ini akan ditauliahkan sijil kemahiran JPAM dan PBSM dengan mengikuti kelas, latihan dan ujian yang berkaitan.

Peserta-peserta program selama 5 hari tersebut akan didedahkan dengan latihan dan ceramah ceramah pengurusan sukarelawan, peluang-peluang KBS, iVolunteer, Networking, Pengenalan PBSM & Pertolongan Cemas, Luka & Pendarahan, Kecederaan Terbakar, Balutan, Renjatan, kecederaan tulang & usungan, bantuan hidup asas (CPR), pengenalan JPAM, Bencana, mengurus pusat pemindahan, teknik ikatan & Simpulan Asas, melawan kebakaran dan kraf khemah & ikhtiar hidup asas. Diakhir sesi peserta-peserta akan melalui peperiksaan kendalian PBSM dan JPAM.

Majlis Perasmian Penutupan itu nanti dijangka akan dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang, Ahli Parlimen P. 218 Sibuti dan akan turut dihadiri oleh Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Yang.Berusaha Tuan Haji Razali Mohamad.

No comments:

Post a Comment