Thursday 5 July 2012





Sarawak Muay Thai Charity Challenge yang berlangsung pada 30.Jun.2012 dan 1.Julai.2012 yang bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah dilaksanakan dengan jayanya.

Program dua hari itu merupakan program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak dan dengan anjuran bersama Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak dan Muay Thai Fit Warrior Sarawak.

Program tersebut disertai oleh penyertaan yang amat menggalakkan para belia sehingga mencecah penyertaan sehingga 100 orang peserta yang terdiri daripada belia dari pelajar institut pengajian tinggi dan belia dari seluruh pelusuk negeri.

Penulis juga teruja apabila penyertaan dari luar seperti Persatuan Tomoi Labuan, Borneo Combat Gym, Borneo Red Empire Sabah, Persatuan Muaythai Selangor dan juga Kelab Muaythai Naga Api.Hadiah keseluruhan yang dipertandingkan bernilai mencecah RM 18 000.

Ini membuktikan bahawa Sukan mempertahankan diri Muay Thai ini telah mula popular serta dikenali dan digemari oleh belia masa kini. Ia bukan hanya untuk mempertahankan diri tetapi ia juga merupakan latihan yang mampu untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Program ini merupakan program amal yang diadakan khas untuk membantu mempromosikan sukan ini di Sarawak.Pada hari pertama program tersebut, perasmian telah diadakan dan dirasmikan oleh Datuk Dr Tiki Lafe selaku Ahli Parlimen Mas Gading.

Beliau telah menyumbangkan RM 5000 bagi Tabung Kebajikan Muay Thai Sarawak. Ini jelas membuktikan bahawa beliau menyokong usaha pihak penganjur dalam mempromosikan sukan ini di Sarawak.

Manakala dalam majlis penutupan yang diadakan pada 1.Julai .2012 lalu, Datuk Fadillah Yusof merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya menyumbangkan sebanyak RM 10 000 kepada Persatuan Muay Thai Sarawak yang di wakili oleh En Hartika Abu Kassim.

No comments:

Post a Comment