Tuesday 7 February 2012

PESTA CHAP GOH MEH DI SRI AMAN MERIAH





SRI AMAN 6 Feb 2012:-
Pesta Chap Goh Meh diadakan 15 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina.Perayaan ini disambut bagi menandakan telah berakhirnya Tahun Baru Cina.


Pesta ini disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran dimana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga.


Pada malam itu juga lampu-lampu,tanglung akan menerangi setiap pelusuk di Bandar Sri Aman.Malam Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari jodoh bagi anak-anak gadis yang cukup umurnya mendirikan rumah tangga.Para gadis akan memakai pakaian cantik serta indah,mereka akan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secocok.


Selain itu juga,terdapat juga amalan melontar  buah limau kedalam sungai dengan iringan doa supaya mendapat pasangan yang baik.Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.


Pada malam tersebut, perarakan kereta berhias diiringi tarian singa serta persembahan oleh para pengamal iaitu orang kebal(mengikut kepercayaan kaum cina) yang memakai pakaian serba merah dan menusuk lidah,pipi,serta mengelar tangan tetapi langsung tidakmencederakan mereka,,ini kerana mereka telah dirasuk oleh “sesuatu” yang dikatakan turun dari langit dan menjadikan mereka kebal.juga diadakan persembahan dari pelbagai kaum yang menerapkan konsep 1 malaysia.Ini menjadikan prgram tersebut menjadi lebih meriah.


Perarakan tersebut bermula dari tokong cina di tebingan sungai Batang Lupar dan berarak menuju ke tanah perkuburan cina untuk mengambil orang-orang kebal yang dipanggil”Jontoi” bagi masyarakat di Sri Aman.Dan seterusnya menuju kearah tokong tersebut semula.


Setelah sampai diperkarangan tokong tersebut,bunga api akan dimainkan bertalu-talu beerti telah berakhirnya sudah Tahun Baru Cina.




Dari sudut pandangan Feng Shui, tahun 2012 yang merupakan tahun Naga Air membawa banyak kebaikan dan rezeki kepada manusia. Seperti yang diketahui ramai, air merupakan sumber paling penting buat manusia, malah dua pertiga isi kandungan bumi juga merupakan air, manakala 95 peratus kandungan badan manusia terdiri daripada air.


Dalam teori unsur Cina, air menghasilkan kayu, yang menandakan pertumbuhan dan naga mewakili elemen semula jadi. Tahun Naga dianggap sebagai tahun paling bertuah dan ia dianggap makhluk mistik berbanding haiwan lain dalam kalendar Cina.


Golongan yang mempercayai kepercayaan karut menyatakan bayi yang dilahirkan pada Tahun Naga akan memiliki keberanian dan kebijaksanaan selain membawa tuah kepada keluarga. Untuk makluman semua Tahun Naga akan berakhir pada 9 Februari 2013.

Antara sifat positif bagi Tahun Naga ialah Mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, baik hati, pemaaf, seorang yang aktif,ceria,berterus terang,spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan.

Sifat Negatif pula ialah Tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak,egois,suka bercakap besar,panas baran,tidak mudah puas hati,ganas,agresif,cuai,tidak peka.





Sumber:-En Yaakup

No comments:

Post a Comment