Sunday, 24 March 2013

Ajak PM Berdebat- Agenda Jahat Pembangkang


Beberapa hari lepas, kecoh ada kumpulan kecil mahasiswa ditangkap polis kerana merempuh masuk bangunan Angkasapuri RTM Kuala Lumpur. Tersebar gambar-gambar tiga anak muda ditangkap dan digari. Ada juga gambar anak muda yang memakai gari bergambar dengan riak wajah bangga menayangkan tangan yang digari. Anda boleh nampak agenda sebenar perlakuan tersebut?

Pasti ada yang tidak terfikir bahawa semua kejadian telah diatur sempurna untuk memastikan keputusan di akhir rancangan, kerajaan yang salah dan kejam. Agenda terancang tersebut sudah beberapa kali dibuat oleh pembangkang termasuk demonstrasi BERSIH yang telah berlaku.

Agendanya mudah sahaja, bermula dengan demonstrasi hadapan RTM, kemudian membuat provokasi untuk memasuki RTM dan dihalang oleh pengawal keselamatan. Akhirnya mereka ditangkap oleh polis kerana tidak mengikut arahan. Agenda tersebut berjaya dan akhirnya keluar di media-media pembangkang isu “double standard” di mana demonstrasi anjuran kerajaan tidak ada tangkapan dan demonstrasi pembangkang ada tangkapan.

Itu sahaja agenda sebenar kejadian yang berlaku tempoh hari. Namun rakyat tidak bodoh untuk menilai perkara sebenar yang berlaku. Oleh itu, rakyat harus tahu juga apa agenda sebenar ajakan pembangkang untuk mengajak Perdana Menteri berdebat secara umum. Pasti ada agenda buruk yang dirancang untuk menjatuhkan kerjaan.

Ianya juga boleh dikatakan satu perancangan yang mudah. Sekiranya PM menerima ajakan untuk berdebat, sudah pasti pihak pembangkang akan mengutuk dan sentiasa mencari salah kerajaan di mana dalam debat hanya suara yang berkumandang. namun fakta suara tersebut masih dicurigai. Adakah Fakta tersebut fakta sebenar atau direka-reka?

Penyokong pembangkang yang hanya akan bersorak seperti yang sudah berlaku di dalam debat-debat anjuran pembangkang. Namun, di akhir perdebatan, tiada apa-apa keputusan dapat dibuat. Sudah pasti dalam debat umum tidak akan menyelesaikan sebarang masalah dan hanya mencari salah.

Agenda busuk pembangkang sudah lama dihidu kerajaan. Seperti pengalaman penulis yang telah banyak meghadiri debat-debat umum, terasa seperti menghadiri sebuah majlis yang membuang masa dengan melihat ke dua-dua parti hanya menunding jari menyalahkan pihak lawan. Tiada faedah atau penyelesaian masalah yang diperolehi di akhir majlis debat.

Oleh itu, anda sebagai rakyat harus sedar agenda sebenar pembangkang tidak habis-habis bersuara mengajak Perdana Menteri berdebat. Jadi lah rakyat yang bijak berfikir dan jangan terlalu taksub dengan parti politik yang hanya memperjuangkan sesuatu yang tidak jelas.


SUMBER

Tuesday, 19 March 2013

Tribute Lahad Datu





Video ini didedikasikan khas untuk wira negara yang terkorban dalam insiden yang berlaku di Lahad Datu demi mempertahankan kedaulatan negara. Pergimu tak kan kembali, hilangmu tiada pengganti.

Takziah buat keluarga pewira-pewira kta yang terkorban dan marilah kita sedekahkan Al Fatihah buat wira negara.

Monday, 18 March 2013

Kedudukan Semasa Blog Mesra Kerajaan Sehingga 18/3/2013


Berikut adalah kedudukan semasa portal & blog mesra kerajaan sehingga 18 March 2013.



Kategori Portal:-





Kategori Blog:-






Monday, 11 March 2013

Sembang Santai Pengamal Media Sosial Bersama Belia.



Peserta program santai bersama pengamal media sosial dan belia.

                                                             Presiden Persatuan Media Sosial Sarawak.



KUCHING: Program santai pengamal media sosial bersama belia dan para blogger di Riverside Majestic Hotel telah berlangsung dengan jayanya.

Program yang bertujuan bagi merapatkan lagi hubungan diantara pengamal media dari Semenanjung dan juga di Sarawak khususnya, Program santai ini juga memberi kesedaran serta apa yang perlu dilakukan dalam apa saja aspek mahupun dari aspek keselamatan kata laluan dan penyampaian dalam setiap apa saja yang ingin disampaikan dari pelbagai medium media sosial contohnya kedalam blog mahupun status facebook, twitter dan sebagainya. 

Program ini merupakan program pertama di Sarawak dengan kerjasama dari Persatuan Media Sosial Sarawak dibawah pimpinan Presidennya Tuan Haji Wan Abdillah Edruce. Beliau menyatakan mengenai 3 aspek yang penting dalam media sosial iaitu dalam membangunkan garis komunikasi yang berkesan, menggalakkan rangkaian ke arah politik untuk kemakmuran dan impaknya untuk penyelesaian praktikal sosial di kalangan aktivis siber. 

"Di Sarawak , kita telah terperangkap di antara sensitiviti, kerana kekurangan pengetahuan dan persefahaman antara kami dan rakan-rakan kami di Semenanjung dalam menangani propaganda.
 Satu contoh yang baik adalah isu kalimah Allah. Di sini di Sarawak tahap toleransi antara kaum dan agama kita amat dihormati, ia tidak pernah menjadi satu isu dan tidak akan menjadi satu isu sedangkan di Semenanjung ia telah digunakan untuk mendapat perhatian oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab",ujar nya

"Saya berharap perhimpunan hari ini akan memberikan kita pemahaman yang lebih baik antara kami dan rakan-rakan kami di Semenanjung dan kita dapat bekerja sebagai satu. Tag line SSMA adalah "One Voice One Love" dan itulah yang kita berharap untuk mencapai pada akhir program ini" tambahnya lagi.

Program seperti ini perlu diperluaskan lagi kerana Sarawak sebuah negeri yang amat besar. Diharap pihak penganjur dapat mengadakan lagi program yang penuh manfaat ini ke tempat lain di Sarawak. 

SUMBER:- http://www.suaragenerasibaru.com/?p=71826

Thursday, 7 March 2013

Mendepani Tiga Cabaran Utama Di Lahad Datu



Semenjak tercetusnya krisis pencerobohan di Lahad Datu sehinggalah pertempuran demi pertempuran yang berlaku di sana, ada sahaja rintangan yang terpaksa diharungi oleh pasukan keselamatan kita.

Sekurang-kurangnya ada tiga cabaran utama yang terpaksa kita hadapi sepanjang tempoh genting ini.
Pertamanya tentangan dari pengganas Sulu yang mahir dalam peperangan bercorak gerila dan mirip kelakuannya seperti komunis yang gemar menggunakan pendekatan ganas bermatlamat untuk menjatuhkan moral dan semangat tempur lawan mereka.

Ini jelas dapat dilihat selepas dua pertempuran awal yang menyaksikan beberapa anggota keselamatan kita ada antaranya diseksa dan dizalimi, sementara yang lain ada yang dipenggal kepalanya.

Keadaan ini amat memilukan kaum keluarga perajurit yang terkorban dan sedikit mengganggu emosi anggota keselamatan yang lain, namun pengalaman berdepan dengan kekejaman komunis suatu ketika dulu mengajar kita erti keteguhan semangat dalam meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Kedua, cabaran yang tidak kurang hebatnya datang dari media luar negara yang banyak menyiarkan maklumat propaganda menyebelahi kumpulan pengganas Sulu. Mereka bukan sahaja cuba membenarkan tuntutan hak milik ke atas Sabah, malah memanfaatkan media-media tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangkitkan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila ada di kalangan pengamal media elektronik dalam negara yang turut menjadi penyambung lidah kepada propaganda Jamalul Kiram dan kuncu-kuncunya sehingga menimbulkan keraguan segelintir khalayak terhadap kemampuan pasukan keselamatan kita dalam menangani isu ini.

Ketiga, cabaran paling getir yang perlu dihadapi bila mana wujudnya segelintir rakyat kita yang langsung tidak memiliki semangat patriotik telah cuba memperlekehkan kesahihan peristiwa Lahad Datu yang digambarkan oleh mereka ini kononnya ia adalah sandiwara atau konspirasi yang di ada-adakan.

Selain itu, golongan yang tidak patriotik ini juga turut meremehkan nyawa anggota keselamatan kita yang telah terkorban di masa yang sama mereka juga mempersendakan kemampuan pasukan keselamatan kita untuk berdepan dengan tentangan pengganas Sulu.

Jika boleh mereka seperti mahu melihat lebih ramai anggota keselamatan kita mati di tangan musuh supaya bila ia berlaku demikian maka bolehlah dijadikan modal politik untuk menghentam kerajaan seterusnya menghasut khalayak membenci pimpinan negara kelak.

Lagak mereka seperti agen kepada pengganas Sulu walau hakikatnya mereka adalah penyokong pembangkang yang tersepit gara-gara permainan politik pemimpin mereka yang terbukti telah bersekongkol menjemput penceroboh melanggar Sabah.

Mungkin hanya bila ada kenalan atau ahli keluarga rapat mereka yang menjadi mangsa peluru pengganas Sulu barulah agaknya tika itu golongan tidak patriotik ini akan berhenti dari terus memperolokkan apa yang berlaku di bumi Sabah. Busuk benar hati golongan ini.

Pun begitu, mujurlah sebahagian besar rakyat Malaysia tetap tinggi semarak patriotiknya sentiasa mendukung perjuangan para pahlawan kita. Itu satu kebanggaan kerana dengan adanya sokongan padu rakyat ia mampu menyemarakkan lagi semangat juang anggota perajurit kita di medan perang.

Mendepani tiga cabaran besar ini sememangnya menuntut kesabaran dan semangat berkobar-kobar rakyat Malaysia, doa pengharapan serta dukungan kata-kata semangat perlu diteruskan.

Perkhabaran terbaru menyatakan Jamalul Kiram III telah pun mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak berkuat kuasa 12.30 tengahari 7 Mac 2013. Ibarat bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, tawaran tersebut telah pun ditolak oleh Kerajaan Malaysia.

Perkembangan ini menunjukkan pengganas Sulu di Lahad Datu sedang terdesak selepas di asak teruk dari pelbagai penjuru, hanya perletakkan senjata mereka tanpa syarat sahaja yang memungkinkan krisis ini ditamatkan.

Justeru itu teguhkan keyakinan kita semua dan yakinlah para perajurit kita amat pantang untuk berundur atau beralah, selagi ada hayat dan selagi darah masih mengalir selagi itulah perjuangan mendaulatkan bumi bertuah ini mesti diteruskan.


Wednesday, 6 March 2013

PERDANA MENTERI KE SABAH TINJAU OP DAULAT.


Lahad Datu, 7 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berada di Sabah hari ini untuk meninjau sendiri perjalanan Op Daulat di pantai timur negeri itu. 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan perkara itu berkata Perdana Menteri akan ke lapangan Op Daulat dalam operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini.

Hishammuddin berkata beliau yakin kehadiran Najib akan memberi semangat baharu kepada semua anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam Op Daulat, terutama setelah apa yang dilalui sepanjang operasi itu.

"Kalau diikutkan kehendak perdana menteri sejak hari pertama lagi beliau sudah mahu turun ke sini," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pukul 10 pagi di sini.

Hishammuddin berkata Najib dijadual memantau perjalanan dan akan diberi taklimat perkembangan terkini operasi.

"Secara peribadi saya dan Zahid cukup menunggu kehadiran beliau. Sebelum ini kami hanya menghubungi perdana menteri melalui telefon dan hari ini beliau sendiri turun untuk melihat sendiri keadaan di lapangan," katanya.

Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata selain bertujuan memantau perjalanan operasi dan memberi semangat kepada pasukan keselamatan, kedatangan Najib adalah untuk melihat kelengkapan logistik dan kebajikan anggota bertugas.

"Empat faktor ini yang menjadi latar belakang lawatan perdana menteri ke lapangan," katanya.

Beliau berkata ini bukan kali pertama Najib turun ke 'ground zero' kerana beliau yang pernah menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun, telah ke Bosnia and Herzegovina, Timor Leste, Lubnan dan yang terakhir ke Gaza.

Pada sidang media itu Ahmad Zahid turut mengedarkan beberapa keping gambar berhubung operasi susulan dan penggeledahan yang dijalankan anggota keselamatan di Kampung Tanduo kepada media.- BERNAMA

Monday, 4 March 2013

Krisis Lahad Datu-Kenyataan Media YDH KPN




LAHAD DATU-Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan ‘offensive’ terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.
Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini ‘mopping up’ dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.
Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.
Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.
Sumber-FB Rasmi PDRM