Peserta program santai bersama pengamal media sosial dan belia.
Presiden Persatuan Media Sosial Sarawak.
KUCHING: Program santai pengamal media
sosial bersama belia dan para blogger di Riverside Majestic Hotel telah
berlangsung dengan jayanya.
Program yang
bertujuan bagi merapatkan lagi hubungan diantara pengamal media dari
Semenanjung dan juga di Sarawak khususnya, Program santai ini juga memberi
kesedaran serta apa yang perlu dilakukan dalam apa saja aspek mahupun dari
aspek keselamatan kata laluan dan penyampaian dalam setiap apa saja yang ingin
disampaikan dari pelbagai medium media sosial contohnya kedalam blog mahupun
status facebook, twitter dan sebagainya.
Program ini
merupakan program pertama di Sarawak dengan kerjasama dari Persatuan Media
Sosial Sarawak dibawah pimpinan Presidennya Tuan Haji Wan Abdillah Edruce.
Beliau menyatakan mengenai 3 aspek yang penting dalam media sosial iaitu dalam
membangunkan garis komunikasi yang berkesan, menggalakkan rangkaian ke arah
politik untuk kemakmuran dan impaknya untuk penyelesaian praktikal sosial
di kalangan aktivis siber.
"Di Sarawak ,
kita telah terperangkap di antara sensitiviti, kerana kekurangan pengetahuan
dan persefahaman antara kami dan rakan-rakan kami di Semenanjung dalam
menangani propaganda.
Satu contoh
yang baik adalah isu kalimah Allah. Di sini di Sarawak tahap toleransi antara
kaum dan agama kita amat dihormati, ia tidak pernah menjadi satu isu dan tidak
akan menjadi satu isu sedangkan di Semenanjung ia telah digunakan untuk
mendapat perhatian oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab",ujar nya
"Saya
berharap perhimpunan hari ini akan memberikan kita pemahaman yang lebih baik
antara kami dan rakan-rakan kami di Semenanjung dan kita dapat bekerja sebagai
satu. Tag line SSMA adalah "One Voice One Love" dan itulah yang kita
berharap untuk mencapai pada akhir program ini" tambahnya lagi.
Program seperti ini perlu diperluaskan lagi kerana Sarawak sebuah negeri
yang amat besar. Diharap pihak penganjur dapat mengadakan lagi program yang
penuh manfaat ini ke tempat lain di Sarawak.
SUMBER:- http://www.suaragenerasibaru.com/?p=71826
SUMBER:- http://www.suaragenerasibaru.com/?p=71826
No comments:
Post a Comment