Wednesday, 19 December 2012

JKKD Kuching Anjur Program Jom Shift Bentuk Sahsiah Remaja





KUCHING -- Bertempat di Sinar Serapi Eco Theme Park, sekali lagi Jabatan Kebajikan Kanak-Kanak Bahagian Kuching (JKKD) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching (JKM)  mengadakan Program Jom Shift - Esok Bagimu untuk Siri yang ke-2.
berita lanjut klik sini:- http://www.suaragenerasibaru.com/?p=48563

Tuesday, 23 October 2012

PERTANDINGAN MEMANCING KPS 2012

Pertandingan Memancing Kementerian Pembangunan Sosial Miri akan diadakan pada 27 Oktober 2012 di Kampung Pengkalan Lutong, Miri bermula jam 7.00 pagi. Sesiapa berminat sila hubungi Pejabat Pembangunan Sosial Bahagian Miri di talian 085-419624.

Thursday, 18 October 2012

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) & PROGRAM FLAGSHIP SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN BETONG PADA 21 OKTOBER 2012 (AHAD).

BETONG BERPESTA LAGI. Kali ini sempena majlis perasmian Program Alam Sekitar (RAS) dan Program Flagship Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Peringkat Parlimen Betong yang akan diadakan di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.

Majlis akan disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Betong, Dato Sri Douglas Uggah Embas. 


Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan agensi/jabatan kerajaan di Bahagian Betong.

Pelbagai aktiviti menarik bakal disajikan termasuk persembahan oleh artis-artis dan kumpulan muzik tempatan dan pembukaan kaunter pendaftaran untuk keahlian RAS.

JOM KITA MERAMI BETONG HARI MINGGU TOK

Wednesday, 17 October 2012



Sambutan Perhimpunan Hari Belia di Festival Belia Putrajaya 2013 lebih meriah.... Nak tahu lebih lanjut....... klik:  
  http://goo.gl/6j3Df

By:
          Suara Generasi Baru

Tuesday, 16 October 2012




Lawatan Kerja TKSU (P) KBS ke Sarawak mengunjungi Kompleks Sukan Komuniti Mukah Pertama Di Sarawak. Lagi berita  http://goo.gl/MR8N6

Saturday, 29 September 2012



Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri.

Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan 

Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Pembangkang berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat.

Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara.

Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN.

Apatah lagi apabila Anwar Ibrahim memasukki semula Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah rancaklah adegan dan lakonan mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu sebagai sutradara.

Antara pementasan tahunan Anwar ialah membentangkan "Bajet Pembangkang" yang akan dilakukan sehari dua sebelum Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013.

Tahun ini pembangkang berbuat demikian pada hari Rabu 27 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di Parlimen.

Inilah taktik Anwar setiap tahun kerana sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan belanjawan olok-olokan pembangkang, maka senanglah beliau menuduh bahawa BN menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat.

Tahun ini tidak ada bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat.

Hakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang.

Bagi beliau, jika harga minyak petrol semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan.

Jika kini pelajar meminjam daripada PTPTN untuk membiayai pendidikan di kolej atau universiti, Anwar mencadangkan pula untuk menghapuskan tabung pembiayaan itu dan mahu pendidikan diberi secara percuma.

Hairan pula semasa berkuasa penuh sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pula timbul dari benaknya untuk berjuang bagi kepentingan golongan pelajar.

Mungkin Anwar lupa ide penubuhan PTPTN itu sendiri datangnya dari beliau dan kini sudah bertukar tempo untuk menjadi hero golongan pelajar pula.

Begitulah halnya dengan tindak tanduk Anwar membentangkan "Bajet Pembangkang" dalam Parlimen.

Perbuatan tersebut hanya menyerlahkan kebodohan tahap gaban puak pembangkang yang tidak mengerti konsep demokrasi.

Bajet sesebuah negara hanya dibentangkan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti yang berkuasa ketika itu.

Tidak pernah berlaku di mana-mana negara Komanwel hatta negara-negara serantau pun, pihak pembangkang sibuk memperkenalkan bajet versi mereka sebelum kerajaan yang memerintah berpeluang berbuat demikian.

Perkara tersebut hanya berlaku di Malaysia di mana pembangkang tidak dapat menerima hakikat bahawa PKR, DAP dan PAS bukanlah parti pemerintah di peringkat Pusat.

Jadi apa perlunya mereka bersusah payah mencengkang mata untuk menerbitkan dokumen belanjawan selain yang dibentang oleh Perdana Menteri?

Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, pandai tidak terikut, bodoh tidak terajar!

Siapa peduli "Bajet Pembangkang" kerana rakyat tahu mereka tidak memiliki kuasa atau otoriti untuk melaksanakan walaupun satu titik noktah daripada bajet palsu itu.

Jadi tidak perlu langsung untuk memperkatakan, membincangkan atau pun membahaskan sesuatu yang hanya wujud dalam dunia fantasi pembangkang sebab ia semata-mata gimik politik.

Pihak yang mampu melaksanakan segala apa yang terkandung dalam ucapan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri ialah BN sebab BN yang memerintah dan BN yang mempunyai kuasa penuh untuk menunaikan setiap janji yang dibuat olehnya.

Kalau dalam bahasa mahkamah, perbuatan pembangkang mengeluarkan cadangan bajet tersendiri disebut sebagai perkara enteng atau frivolous dan tidak salah dikatakan membuang masa dan juga satu tindakan yang amat tidak produktif.

Mungkin juga ada eloknya Pakatan Rakyat menunjukkan sikap bodoh sombong mereka kerana lebih senang rakyat membuat pilihan pada PRU 13 nanti.


sumber:-CZ


Thursday, 20 September 2012

YAYASAN INOVASI MALAYSIA BANGUNKAN INOVASI BELIA SARAWAK DENGAN KOBIS



Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS) baru-baru ini telah memetarai persefahaman untuk berkerjasama dalam mempromosi, menjejaki dan membangunkan aktiviti-aktiviti inovasi di Sarawak khususnya bagi golongan belia.

Persefahaman tersebut terjalin melalui pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara kedua-dua buah pihak di Waterfront, Kuching bersempena dengan Karnival Sains & Inovasi Sarawak 2012 anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Dengan adanya persefahaman ini, YIM dan KOBIS akan berusahasama dengan lebih efektif dan efisen dalam menggendong misi mempromosikan serta membudayakan inovasi di Sarawak khususnya diperingkat akar umbi. Pelbagai program akan dilaksanakan di Sarawak bagi memastikan cetusan inovasi terus berkembang seiring dengan 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional.





Dr Mazalan Kamis, Ketua Pegawai Eksekutif YIM (kiri) berjabat tangan dengan En Zaiwin Kassim, Pengerusi KOBIS (kanan) semasa pertukaran MOU sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan YB 
Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).


Sesi pertukaran MOU tersebut adalah diantara pengerusi KOBIS, Encik Zaiwin Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Dr Mazalan Kamis sambil diperhatikan  oleh Ketua Menteri Sarawak, YB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan YB Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Ini merupakan ikatan kerjasama yang pertama buat KOBIS dengan agensi kerajaan yang secara lansungnya membantu mengetengahkan peranan KOBIS dengan lebih meluas dan berkesan lagi.

KOBIS merupakan sebuah koperasi yang fokus dalam aktiviti-aktiviti pembangunan belia melalui aspek keusahawanan, kerjaya & inovasi. Kini KOBIS telah dianggotai lebih 500 belia di seluruh Sarawak serta menjadi incubator maya kepada 16 usahawan muda. Matlamat utamanya adalah membimbing belia kearah kecemerlangan ekonomi melalui pendekatan pengupayaan ilmu serta teladan rakan sebaya.

YIM adalah organisasi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang ditubuhkan bagi membudayakan inovasi kepada semua golongan di semua peringkat khususnya peringkat akar umbi. Melalui pelbagai program dan aktiviti YIM telah banyak menjejaki, mengetengahkan dan membantu inovasi-inovasi rakyat malaysia yang berpotensi untuk dimajukan ke peringkat penaiktarafan & pengkomersilan.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Encik Zaiwin Kassim,
Pengerusi KOBIS
Tel : 013-5730946

Puan Sharmila Salleh
Pegawai Kanan Komunikasi Korporat dan Hubungan Kerajaan
Tel : 03-8319 1714
Email :
sharmila@yim.my