Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Koperasi
Belia Inovatif Sarawak (KOBIS) baru-baru ini telah memetarai persefahaman untuk
berkerjasama dalam mempromosi, menjejaki dan membangunkan aktiviti-aktiviti
inovasi di Sarawak khususnya bagi golongan belia.
Persefahaman tersebut terjalin melalui pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara kedua-dua buah pihak di Waterfront, Kuching bersempena dengan Karnival Sains & Inovasi Sarawak 2012 anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Persefahaman tersebut terjalin melalui pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara kedua-dua buah pihak di Waterfront, Kuching bersempena dengan Karnival Sains & Inovasi Sarawak 2012 anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Dengan adanya persefahaman ini, YIM dan KOBIS
akan berusahasama dengan lebih efektif dan efisen dalam menggendong misi
mempromosikan serta membudayakan inovasi di Sarawak khususnya diperingkat akar
umbi. Pelbagai program akan dilaksanakan di Sarawak bagi memastikan cetusan
inovasi terus berkembang seiring dengan 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional.
Dr Mazalan Kamis, Ketua Pegawai Eksekutif YIM (kiri) berjabat tangan dengan En Zaiwin Kassim, Pengerusi KOBIS (kanan) semasa pertukaran MOU sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan YB Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Sesi pertukaran MOU tersebut adalah diantara
pengerusi KOBIS, Encik Zaiwin Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Dr
Mazalan Kamis sambil diperhatikan oleh
Ketua Menteri Sarawak, YB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan YB Datuk Seri Dr
Maximus Johnity Ongkili, Menteri
Sains,
Teknologi dan Inovasi. Ini merupakan ikatan
kerjasama yang pertama buat KOBIS dengan agensi kerajaan yang secara lansungnya
membantu mengetengahkan peranan KOBIS dengan lebih meluas dan berkesan lagi.
KOBIS merupakan sebuah koperasi yang fokus
dalam aktiviti-aktiviti pembangunan belia melalui aspek keusahawanan, kerjaya
& inovasi. Kini KOBIS telah dianggotai lebih 500 belia di seluruh Sarawak
serta menjadi incubator maya kepada 16 usahawan muda. Matlamat utamanya adalah
membimbing belia kearah kecemerlangan ekonomi melalui pendekatan pengupayaan
ilmu serta teladan rakan sebaya.
YIM adalah organisasi di bawah Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang ditubuhkan bagi membudayakan inovasi
kepada semua golongan di semua peringkat khususnya peringkat akar umbi. Melalui
pelbagai program dan aktiviti YIM telah banyak menjejaki, mengetengahkan dan
membantu inovasi-inovasi rakyat malaysia yang berpotensi untuk dimajukan ke
peringkat penaiktarafan & pengkomersilan.
Untuk maklumat
lanjut, sila hubungi:
Encik Zaiwin Kassim,
Pengerusi
KOBIS
Tel
: 013-5730946
Puan Sharmila Salleh
Pegawai Kanan Komunikasi Korporat dan Hubungan Kerajaan
Tel : 03-8319 1714
Email : sharmila@yim.my
Pegawai Kanan Komunikasi Korporat dan Hubungan Kerajaan
Tel : 03-8319 1714
Email : sharmila@yim.my
No comments:
Post a Comment