Saturday, 29 September 2012



Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri.

Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan 

Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Pembangkang berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat.

Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara.

Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN.

Apatah lagi apabila Anwar Ibrahim memasukki semula Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah rancaklah adegan dan lakonan mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu sebagai sutradara.

Antara pementasan tahunan Anwar ialah membentangkan "Bajet Pembangkang" yang akan dilakukan sehari dua sebelum Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013.

Tahun ini pembangkang berbuat demikian pada hari Rabu 27 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di Parlimen.

Inilah taktik Anwar setiap tahun kerana sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan belanjawan olok-olokan pembangkang, maka senanglah beliau menuduh bahawa BN menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat.

Tahun ini tidak ada bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat.

Hakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang.

Bagi beliau, jika harga minyak petrol semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan.

Jika kini pelajar meminjam daripada PTPTN untuk membiayai pendidikan di kolej atau universiti, Anwar mencadangkan pula untuk menghapuskan tabung pembiayaan itu dan mahu pendidikan diberi secara percuma.

Hairan pula semasa berkuasa penuh sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pula timbul dari benaknya untuk berjuang bagi kepentingan golongan pelajar.

Mungkin Anwar lupa ide penubuhan PTPTN itu sendiri datangnya dari beliau dan kini sudah bertukar tempo untuk menjadi hero golongan pelajar pula.

Begitulah halnya dengan tindak tanduk Anwar membentangkan "Bajet Pembangkang" dalam Parlimen.

Perbuatan tersebut hanya menyerlahkan kebodohan tahap gaban puak pembangkang yang tidak mengerti konsep demokrasi.

Bajet sesebuah negara hanya dibentangkan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti yang berkuasa ketika itu.

Tidak pernah berlaku di mana-mana negara Komanwel hatta negara-negara serantau pun, pihak pembangkang sibuk memperkenalkan bajet versi mereka sebelum kerajaan yang memerintah berpeluang berbuat demikian.

Perkara tersebut hanya berlaku di Malaysia di mana pembangkang tidak dapat menerima hakikat bahawa PKR, DAP dan PAS bukanlah parti pemerintah di peringkat Pusat.

Jadi apa perlunya mereka bersusah payah mencengkang mata untuk menerbitkan dokumen belanjawan selain yang dibentang oleh Perdana Menteri?

Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, pandai tidak terikut, bodoh tidak terajar!

Siapa peduli "Bajet Pembangkang" kerana rakyat tahu mereka tidak memiliki kuasa atau otoriti untuk melaksanakan walaupun satu titik noktah daripada bajet palsu itu.

Jadi tidak perlu langsung untuk memperkatakan, membincangkan atau pun membahaskan sesuatu yang hanya wujud dalam dunia fantasi pembangkang sebab ia semata-mata gimik politik.

Pihak yang mampu melaksanakan segala apa yang terkandung dalam ucapan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri ialah BN sebab BN yang memerintah dan BN yang mempunyai kuasa penuh untuk menunaikan setiap janji yang dibuat olehnya.

Kalau dalam bahasa mahkamah, perbuatan pembangkang mengeluarkan cadangan bajet tersendiri disebut sebagai perkara enteng atau frivolous dan tidak salah dikatakan membuang masa dan juga satu tindakan yang amat tidak produktif.

Mungkin juga ada eloknya Pakatan Rakyat menunjukkan sikap bodoh sombong mereka kerana lebih senang rakyat membuat pilihan pada PRU 13 nanti.


sumber:-CZ


Thursday, 20 September 2012

YAYASAN INOVASI MALAYSIA BANGUNKAN INOVASI BELIA SARAWAK DENGAN KOBIS



Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS) baru-baru ini telah memetarai persefahaman untuk berkerjasama dalam mempromosi, menjejaki dan membangunkan aktiviti-aktiviti inovasi di Sarawak khususnya bagi golongan belia.

Persefahaman tersebut terjalin melalui pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara kedua-dua buah pihak di Waterfront, Kuching bersempena dengan Karnival Sains & Inovasi Sarawak 2012 anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Dengan adanya persefahaman ini, YIM dan KOBIS akan berusahasama dengan lebih efektif dan efisen dalam menggendong misi mempromosikan serta membudayakan inovasi di Sarawak khususnya diperingkat akar umbi. Pelbagai program akan dilaksanakan di Sarawak bagi memastikan cetusan inovasi terus berkembang seiring dengan 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional.





Dr Mazalan Kamis, Ketua Pegawai Eksekutif YIM (kiri) berjabat tangan dengan En Zaiwin Kassim, Pengerusi KOBIS (kanan) semasa pertukaran MOU sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan YB 
Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).


Sesi pertukaran MOU tersebut adalah diantara pengerusi KOBIS, Encik Zaiwin Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Dr Mazalan Kamis sambil diperhatikan  oleh Ketua Menteri Sarawak, YB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan YB Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Ini merupakan ikatan kerjasama yang pertama buat KOBIS dengan agensi kerajaan yang secara lansungnya membantu mengetengahkan peranan KOBIS dengan lebih meluas dan berkesan lagi.

KOBIS merupakan sebuah koperasi yang fokus dalam aktiviti-aktiviti pembangunan belia melalui aspek keusahawanan, kerjaya & inovasi. Kini KOBIS telah dianggotai lebih 500 belia di seluruh Sarawak serta menjadi incubator maya kepada 16 usahawan muda. Matlamat utamanya adalah membimbing belia kearah kecemerlangan ekonomi melalui pendekatan pengupayaan ilmu serta teladan rakan sebaya.

YIM adalah organisasi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang ditubuhkan bagi membudayakan inovasi kepada semua golongan di semua peringkat khususnya peringkat akar umbi. Melalui pelbagai program dan aktiviti YIM telah banyak menjejaki, mengetengahkan dan membantu inovasi-inovasi rakyat malaysia yang berpotensi untuk dimajukan ke peringkat penaiktarafan & pengkomersilan.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Encik Zaiwin Kassim,
Pengerusi KOBIS
Tel : 013-5730946

Puan Sharmila Salleh
Pegawai Kanan Komunikasi Korporat dan Hubungan Kerajaan
Tel : 03-8319 1714
Email :
sharmila@yim.my

Friday, 14 September 2012

‎USAHA TERDESAK PR

‎[USAHA TERDESAK PR, SEJAK ANWAR IBRAHIM PROTECTS ISRAEL, BELIAU SUKAR KE LUAR NEGARA, KERANA ADA KUMPULAN ANTI ZIONIST JEWS, DAHAGAKAN DARAH ANWAR IBRAHIM. PR TIDAK SEBUT BILA TARIKH TERSEBUT DI KELUARKAN " MUSLIM MODERAT OF THE YEAR " SEBAGAI DUTA LGBT ISLAM]...nauzu billa min zalik, besar dosa PR pada umat islam.


Siapakah Dalang Disebalik Pengiktirafan Anwar Ibrahim " Muslim Moderat of The Year Award " Sebenarnya Duta LGBT, Semudah Itu Zionist Yahudi Memainkan Peranannya Memporak-Perandakan Akidah Umat Islam Sejagat Dengan Melantik Anwar Ibrahim Sebagai Duta Untuk Umat Islam.

Gerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) Mula Mengganas!!!!! Hati Hati !!!!!!

Ketika Paul Wolfowitz memberi dana dan sokongan kepada kaum Gay Turki, ramai pemerhati dan pemikir mengambil kesimpulan bahawa Paul Wolfowitz juga adalah seorang gay.

Bagaimana tidak jikalau Wolfowitz sentiasa melindungi golongan gay termasuk berdiri kuat di belakang Anwar Ibrahim yang disahkan mengamalkan kegiatan homoseksual 10 tahun yang lepas.

Sebuah pertubuhan GAY Filipina, The Progressive Organization of Gays in the Philippines atau diringkas menjadi PROGAY Philippines pula berdemonstrasi menyokong Anwar ketika pertama kali Anwar dituduh melakukan homoseksual. Kenapa persatuan Gay ini menyokong Anwar jikalau Anwar tidak terlibat dalam kegiatan homoseksual. Hanya golongan gay sahaja yang kenal golongan mereka. Maka dengan itulah sokongan dan demonstrasi dibuat.

Lebih daripada itu, laman web Gay Asia Fridae.com juga pernah menyiarkan artikel tentang sokongan mereka terhadap Anwar. Jikalau mereka (Gay) mampu dan redha menyuarakan sokongan terbuka kepada Anwar, berkemungkinan besar mereka mengenali Anwar lebih banyak berbanding penyokong Anwar yang membabi buta terus menyokong tanpa mengkaji. Laman Web ini secara jelas mengklaim bahawa Anwar memang seorang Gay. Sesungguhnya golongan Gay berani dan secara terbuka mendakwa mereka adalah Gay!. Demikian juga mereka kenal kawan-kawan mereka yang Gay.

Kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) merupakan suara yang terbuka dan sudah jelas bermaharajalela masa kini. Kita takuti jikalau suara ini mendominasi dunia, tidak hairan pristiwa dunia ditebalikkan sepertimana Kaum Sodomi yang mengamalkan homoseksual mungkin sekali lagi akan berlaku. Kita takut jikalau Anwar yang jelas disabitkan kesalahan meliwat 10 tahun lepas itu menjadi tokoh penting yang akan membebaskan dan memerdekakan golongan homoseksual ini di Malaysia. Malah peranan yang Anwar mainkan bukan setakat di Malaysia, malah seantero dunia kerana dibelakangi oleh tangan-tangan tersembunyi. Sila jangkau sirah kaum Luth untuk melihat sejarah kaum sodomi yang mengamalkan homoseksual. Sesungguhnya sejarah itu berulang, kini tokoh itu ada di Malaysia!!!!

Di Malaysia, gesaan LGBT ni mula masuk melalui pesta "Seksualiti Merdeka". Inipun disebabkan adanya badan-badan NGO (Civil Society) seperti Human Rights Committee of the Malaysian Bar, SUARAM, PT Foundation, KRYSS, Women's Candidacy Initiative, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Purple Lab, Matahari Books, Sisters In Islam, Women's Aid Organisation, Amnesty Internationaland The Annexe Gallery. Badan-badan NGO inilah yang sebenarnya diingini oleh Anwar dalam agenda demokrasi plan Amerika.

Dalam plan itu, demokrasi mengandungi beberapa aspek iaitulah : (lihat no.2)
1. Kebebasan untuk menyuarakan pendapat
2. Perbanyakkan civil society : Masyarakat Madani
3. Kebebasan yang bersifat pluralistik
4. Kebebasan beragama

Perhatikan no.2 berkenaan dengan civil sosiety. NGO-NGO (civil sosiety) yang memperjuangkan hak asasi songsang ini sebenarnya mahu mewujudkan undang-undang dan akta yang mengiktiraf golongan homoseksual. Dengan pengikitirafan ini, golongan ini akan mudah untuk mengamalkan seksual songsang secara terbuka. malah akan berjaya membuka saluran tv tersendiri. Inilah namanya demokrasi plan agenda tersembunyi Amerika untuk mewujudkan kembali zaman sodomi.

Pada 10 June 2010, komuniti gay di Malaysia yang memperjuangkan LGBT ini telah menghantar memorandum kepada SUHAKAM berkenaan dengan diskriminasi yang diterima oleh LGBT IQ di Malaysia. Alasan utama komuniti ini adalah hak asasi manusia. Sekali lagi kumpulan songsang ini menggunakan status "Hak Asasi" manusia untuk terus diiktiraf. Pada mereka, perbuatan meliwat dan kegiatan homoseksual atau biseksual itu adalah hak individu manusia. Sedangkan pada hakikatnya ia mencabuli hak normal manusia dalam seksiologi!! ramai dimanipulasi untuk melihat kebenaran tersebut.Ini senada dengan Anwar Ibrahim dalam Hak asasi manusia!

Malah dengan jelas lagi nyata, Anwar tanpa segan silu menghadiri Festival Q yang dihadiri oleh golongan LGBT di Indonesia. Festival Q yang bermula pada 24hb September hingga Oktober adalah pesta filem bagi golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transexuals). Di Jakarta, Anwar menetap di Hotel Four Seasons yang berdekatan dengan pusat festival tersebut iaitu Eramus Huis. Antara program yang diadakan adalah forum, ceramah dan perbincangan mengenai LGBT.

Sir Richard Branson pula baru baru ini telah bersuara menyokong Anwar. Jika kita sedari akan mampu mencangkau sokongan terhadap Anwar Ibrahim. Persoalannya siapa Sir Ricahard Branson ini?? Sir Richard Branson adalah seorang gay yang memiliki sebuah kelab gay. Dia merupakan orang yang kuat memperjuangkan LGBT di dunia dan dia mempercayai bahawa kebebasan total sebenarnya adalah dengan melakukan pelbagai seks termasuk homoseksual, lesbian dan biseksual.

Anwar Ibrahim sebenarnya telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Amnesty International, (AI) sebuah organisasi hak asasi antarabangsa. Oleh kerana dunia barat melihat homoseksual sebagai hak asasi manusia, maka dengan ini, Anwar akan mendapat tempat di luar negara. Barat sebenarnya sudah tahu Anwar seorang Gay. Menurut Amnesty International, mendiskriminasi atau menghukum golongan homoseksual adalah bercanggah dengan dengan hak asasi manusia. Oleh sebab itu menjadi tanggungjawab AI untuk melindungi golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) untuk menikmati kehidupan peribadi seksual mereka.

Setelah membuka laman web berkenaan, saya tersentak dengan satu idea bahawa Anwar sebenarnya mahu perlindungan daripada Amnesty International ini. Ini satu kerja yang berat bagi kita jikalau Anwar lari dari perbicaraan mahkamah sepertimana yang dilakukan oleh Raja Petra. Disebabkan Anwar dengan mudahnya dapat perlindungan dari Badan seperti Amnesty International. Lihat sahaja cerita Salman Ar-ryusdi yang lari meminta perlindungan dari kerajaan Britain setelah kerajaan Iran mengeluarkan hukum bunuh terhadap Salman Ar-Ryusdi.

Passport Anwar tidak dapat ditahan kerana beliau telah membayar jaminan bon pribadi RM20,000 atas alasan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga disabitkan bersalah oleh mahkamah. Inilah masalahnya. Ada kemungkinan besar Anwar akan lari ke luar negara meminta perlindungan Amnesty International ini sebelum disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Dipercayai bahawa Anwar telah mengakui bahawa beliau seorang Gay kepada rakan-rakannya di luar negara. Ini jelas apabila Paul Wolfowitz yang merupakan seorang Gay juga terus menyokong terus menerus Anwar Ibrahim.

Untuk akhirnya, banyak persoalan yang perlu dijawab. Masalah juga perlu diatasi. Sesungguhnya kita berhadapan dengan gerakan LGBT yang amat dahsyat. Serangan sama ada dari :
1. Golongan NGO yang memperjuangkan LGBT,
2. Juga figura homoseksual iaitu Anwar Ibrahim yang memperjuangkan LGBT ,
3. Tokoh Penting dalam Plan demokrasi Amerika yang menyokong LGBT
4.Serta sudah pasti Syaitan yang ada di mana-mana mahu mewujudkan LGBT ini

Serangan ini harus dihalang demi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bebas LGBT, serta dunia secara amnya sebelum bala yang pernah menimpa kaum sodomi @ kaum nabi Luth. Sesungguhnya sejarah itu berulang, takut-takut nanti sejarah itu bertulang di negara Malaysia ini dengan adanya tokoh penting yang senada dengan LGBT ini iaitulah Anwar Ibrahim!!! Hati hati !!!!

Kerana Politik Agama, Bangsa Dan Negara Jadi Korban Niat Jahat Anwar Ibrahim....!!!

creadit to:RA

Sunday, 5 August 2012

STRATEGI PEMBANGKANG REKA FITNAH KINI MEMAKAN DIRI




Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.

Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pembangkang telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam.

Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.

Dalam keadaan tangan bergari, kedua-dua Rafizi serta balacinya, Johari tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa tindakan mereka adalah 'demi rakyat'.

Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat politiknya mahu menjadi Perdana Menteri.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan bangganya mengumumkan kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada geran Selangorku.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimana pula dengan Johari, siapa pula akan menanggung kos guamannya?

Setelah dipergunakan, nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh pembangkang, seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang.

Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaan.

Setelah NFC, Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent.

Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad mengenai penilaian para pembida projek tersebut.

Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut.

Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George Kent tetapi Perdana Menteri.

Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu persatu fitnah yang dilemparkan, tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.

Begitu juga dalam fitnah kes kapal selam Scorpene.

Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar, Suaram, ialah dakwaan rasuah dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah pembangkang tidak langsung mempunyai moral dan integriti walau sedikit pun dengan menuduh isu itu juga melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Mereka cuba menjadi hero tetapi hakikatnya merekalah yang selama ini yang mendedahkan rahsia negara kepada pihak asing serta mencaci pemimpin dan memburuk-buruk imej negara.

Kini terserlah dengan fakta-fakta dan keterangan yang jelas dari kerajaan bahawa semua yang didakwa Suaram adalah pembohongan jelas semata-mata yang bermotifkan politik kotor.

Di sini juga tujuan pembangkang bukan untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran tetapi menyerang Perdana Menteri untuk melemahkan kepimpinannya.

Begitu juga dengan dakwaan anak Anwar, Nurul Izzah yang membuat dakwaan palsu dalam blognya berhubung projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dibangunkan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tindakan Nurul Izzah juga bukan mensasarkan syarikat bumiputera tersebut tetapi matlamatnya adalah meruntuhkan kredibiliti Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar keselamatan negara.

Senario yang sama boleh dilihat apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat dakwaan bahawa pihak polis gagal mengurangkan kadar jenayah.

Dengan memberi satu atau dua contoh, beliau membuat kesimpulan jumlah kes jenayah semakin meningkat disebabkan sebahagian besar peruntukan Program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Walaupun kerajaan telah mengemukakan data yang sahih menunjukkan kadar jenayah telah menurun, namun pembangkang terus memberi persepsi negatif terhadap pihak polis.

Jika Pakatan Rakyat sanggup menipu, berbohong, memfitnah, mentohmah, mereka-reka cerita palsu apa agaknya senario negara jika mereka memerintah? Fikir-fikirkanlah dengan akal yang sihat.
sumber:-C.Z & SGB.

Tuesday, 31 July 2012

Temurapat PRU PKR: PKR Kalah Sebelum Berkempen?

Parti PKR tegar sekali menggunakan nama ‘rakyat’ dalam setiap aktiviti dan kempen mereka. Sudah tentu sekali dalam menghadapi pilihanraya kali ini, nama ‘rakyat’ akan dijulang tinggi-tinggi kononnya sebagai matlamat perjuangan walaupun matlamat sebenarnya adalah ‘demi Anwar, untuk Anwar dan kerana Anwar’.

Dalam Temurapat PRU PKR tahun lepas, parti tersebut telah meminta bantuan Merdeka Center, untuk menguji beberapa slogan bagi digunakan sebagai tema kempen dalam PRU-13. Antaranya:

1. Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia

2. Malaysia Baru, Muafakat Baru, Pimpinan Baru

3. Demi Rakyat, Demi Masa Depan

Selaras dengan keterujaan PKR dengan perkataan ‘rakyat’, maka mereka nampaknya memilih slogan ketiga, iaitu ‘Demi Rakyat, Demi Masa Depan’ yang bagi mereka lebih tegas dan sesuai dengan imej KEADILAN. Slogan ini dikatakan mendapat reaksi positif dari pengundi sasaran PKR iaitu Golongan Muda, Golongan Bekerja dan Kaum India yang tidak berpatisan.

Dalam temurapat yang sama, parti itu telah menggariskan beberapa isu yang akan digunakan oleh mereka untuk menyerang BN. Antaranya, kenaikan harga barang, subsidi minyak, AUKU, PTPTN, rasuah, masalah perumahan, masalah sosial, harga kereta yang tinggi serta peluang pekerjaan terhad.

Kecuali isu ‘peluang pekerjaan terhad’, kebanyakan isu yang disebut telah pun lama dimainkan oleh PKR. Dan hampir kesemua isu yang dimainkan juga menunjukkan kegagalan, kesilapan atau kelemahan di pihak mereka. Dalam ertikata lain, serangan mereka tidak menjadi, tertembak diri sendiri atau pun kalah teruk.

Dalam memainkan semua isu-isu tersebut juga, PKR secara tidak langsung menyerlahkan yang mereka tidak bijak matematik dan gagal ekonomi sepenuhnya.

Contohnya, dalam memperkatakan soal PTPTN, PKR telah ditempelak oleh DAP dan juga PAS kerana meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sukar. Akhbar-akhbar Cina yang diketahui cenderung kepada DAP juga menghentam idea penghapusan hutang PTPTN kerana dikatakan memalukan serta tidak praktikal dari segi ekonomi.

Begitu juga dengan isu mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga barang yang merupakan isu global di mana rakyat sedia maklum bahawa sekiranya PKR menjadi kerajaan, mereka juga tidak akan mampu mempengaruhi harga pasaran dunia. Menjanjikan penurunan harga barang dan harga minyak bagaikan menjanjikan bulan dan bintang iaitu sesuatu yang tidak logik kerana tidak berada di bawah kawalan sesebuah kerajaan sepenuhnya.

Lebih dari itu, kerajaan sedia ada telah membuktikan keprihatinan dengan mengekalkan subsidi serta memberi bantuan-bantuan lain secara langsung bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup di era ini. Kerajaan juga telah melancarkan skim rumah pertamaku, sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kala PKR hanya mampu berjanji.

Isu AUKU pula menyerlahkan sikap dwistandard PR apabila MB PAS Kedah, Ustaz Azizan mengarahkan pelajar yang berdemonstrasi agar dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.

Percubaan PKR untuk menyerang kerajaan melalui isu rasuah dan masalah sosial di dalam masyarakat juga membuatkan rakyat tersenyum sinis. Mana tidaknya, jika Ketua Umum PKR itu sendiri terkenal dengan gelaran Bapa Rasuah iaitu ‘perintis’ gejala rasuah di dalam politik. Pembantu peribadinya yang gaji tidak seberapa mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit. Isteri sang pembantu merangkap perempuan simpanannya juga menerima gaji puluhan ribu sebulan tanpa perlu bekerja dalam ertikata yang sebenar.

Kroni-kroninya, termasuk bapa dan abangnya yang dari ‘nobody’ menjadi ‘somebody’ dalam sekelip mata sejurus beliau memegang jawatan dalam kerajaan dahulu. Dan kini, partinya dan parti-parti sekutu terus bergelumang dalam rasuah, penipuan, manipulasi yang menjadi punca masalah dalaman sehingga memaksa ramai yang keluar parti. Jika ini bukan rasuah, apa namanya?

Serangan PKR terhadap harga kereta yang tinggi pula menunjukkan yang parti ini tidak punya semangat nasionalis dan sanggup membiarkan industri kereta nasional terjejas atau gulung tikar terus.

Sementelah dengan itu, kita tunggu sajalah apa yang PKR akan kelentong mengenai peluang pekerjaan di Malaysia memandangkan hanya isu ini saja yang belum dimainkan oleh mereka.

Walau apapun, kita tahu bahawa negeri-negeri yang diterajui PKR atau PR semuanya menghadapi masalah untuk menambah pelaburan sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan. Satu-satunya peluang pekerjaan yang meningkat dengan begitu drastik di negeri-negeri jajahan mereka adalah dalam bidang hiburan termasuk tukang-tukang urut yang mana tidak memerlukan seseorang itu bersusah payah meminjam PTPTN untuk belajar tetapi hanya berbekalkan gaya dan ‘keberanian’ sahaja.

Jika inilah saja strategi PKR untuk menghadapi PRU-13, maka jelaslah yang PKR sudah kalah sebelum berkempen
Sumber: Cik Zah BNYV

Thursday, 5 July 2012





Sarawak Muay Thai Charity Challenge yang berlangsung pada 30.Jun.2012 dan 1.Julai.2012 yang bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah dilaksanakan dengan jayanya.

Program dua hari itu merupakan program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak dan dengan anjuran bersama Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak dan Muay Thai Fit Warrior Sarawak.

Program tersebut disertai oleh penyertaan yang amat menggalakkan para belia sehingga mencecah penyertaan sehingga 100 orang peserta yang terdiri daripada belia dari pelajar institut pengajian tinggi dan belia dari seluruh pelusuk negeri.

Penulis juga teruja apabila penyertaan dari luar seperti Persatuan Tomoi Labuan, Borneo Combat Gym, Borneo Red Empire Sabah, Persatuan Muaythai Selangor dan juga Kelab Muaythai Naga Api.Hadiah keseluruhan yang dipertandingkan bernilai mencecah RM 18 000.

Ini membuktikan bahawa Sukan mempertahankan diri Muay Thai ini telah mula popular serta dikenali dan digemari oleh belia masa kini. Ia bukan hanya untuk mempertahankan diri tetapi ia juga merupakan latihan yang mampu untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Program ini merupakan program amal yang diadakan khas untuk membantu mempromosikan sukan ini di Sarawak.Pada hari pertama program tersebut, perasmian telah diadakan dan dirasmikan oleh Datuk Dr Tiki Lafe selaku Ahli Parlimen Mas Gading.

Beliau telah menyumbangkan RM 5000 bagi Tabung Kebajikan Muay Thai Sarawak. Ini jelas membuktikan bahawa beliau menyokong usaha pihak penganjur dalam mempromosikan sukan ini di Sarawak.

Manakala dalam majlis penutupan yang diadakan pada 1.Julai .2012 lalu, Datuk Fadillah Yusof merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya menyumbangkan sebanyak RM 10 000 kepada Persatuan Muay Thai Sarawak yang di wakili oleh En Hartika Abu Kassim.

Thursday, 28 June 2012

60 PEGAWAI BELIA DAN SUKAN, PEGAWAI AGENSI KERAJAAN, JURULATIH, TEKNIKAL, SUKARELAWAN DAN NGO HADIRI KURSUS PENGENDALIAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

MIRI: Dianggarkan seramai 60 orang Pegawai Belia dan Sukan, Pegawai Agensi Kerajaan, Jurulatih, Teknikal, Sukarelawan dan NGO akan menghadiri Kursus Pengendalian Orang Kelainan Upaya (OKU) Peringkat Zon 2012 yang akan diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 29 Jun hingga 1 Julai 2012 bertempat di Hotel Dynasty, Miri.

Program ini merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dan Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kelainan Upaya (PESRON) Negeri Sarawak.

Program ini nanti akan dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan, Pegawai-Pegawai Agensi Kerajaan, Jurulatih, Teknikal, Sukarelawan dan NGO dari Sabah, Labuan dan Sarawak. Dalam pada itu, menurut Ketua Pejabat, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri, Encik Mohammad Shukeri Bin Drahman, Objektif kursus ini adalah untuk mempromosikan dan mengembangkan aktiviti-aktiviti Sukan Paralimpik kepada masyarakat luar dan melahirkan lebih ramai sukarelawan yang mahir dan pakar dalam pengendalian masyarakat OKU. Beliau juga menambah, Program yang seumpama ini dilaksanakan untuk merancang dan melaksanakan program latihan yang lebih tersusun dan bersistematik dengan mengambil kira pendekatan ilmu sains sukan agar mendapat hasil yang lebih membanggakan. Malah ia juga diharap dapat melahirkan lebih ramai sukarelawan yang mahir dan pakar dalam pengendalian masyarakat OKU. Dengan kejayaan demi kejayaan yang berjaya ditempah oleh Negara, program seperti ini diharapkan dapat terus membaiki mutu skuad Paralimpik Malaysia sekaligus mengharumkan lagi nama Negara di pesada sukan antarabangsa.


Sementara itu, menurut Pegawai Penyelaras Program, Encik Mohd Soffi bin Azizan berkata, Program seperti ini sangat baik dan diharapkan dapat diperbanyakkan lagi untuk memastikan semua golongan rakyat Malaysia, OKU khususnya tidak ketinggalan untuk memberi sumbangan serta tidak dipinggirkan dalam apa juga aktiviti kemasyarakatan mahupun sukan. Beliau turut menambah, Kontinjen Negara pernah meraih 1 gangsa diraih oleh P.Mariapan pada tahun 1988 di Seoul. Pada tahun 1992 di Barcelona 1 perak dimenangi oleh Cheok Kon Fatt (Powerkifting) dan 2 gangsa dimenangi oleh P.Mariappan (Powerlifting) dan Mohd Khasseri Othman (Olahraga). Penantian selama 16 tahun berakhir dengan kejayaan Siow Lee Chan meraih 1 gangsa di Beijing pada tahun 2008 dari sukan Powerlifting. Antara sukan yang pernah melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Beijing 2008 ialah olahraga, powerlifting, renang, memanah dan pelayaran.

Peserta-peserta program selama 3 hari 2 malam tersebut akan didedahkan beberapa siri ceramah dan taklimat yang akan diketuai sepenuhnya oleh Prof. Madya Dr. Tiun Ling Ta dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Antara ceramah yang bakal dibentangkan adalah Pengenalan OKU, Memahami Golongan ID, Memahami Penglihatan OKU, Peranan Sukarelawan dan cara Interaksi dengan OKU, Memahami Fizikal OKU, Memahami Pendengaran OKU, Memahami Undang-Undang Berkaitan OKU 2008, Memahami Keperluan dan Spesifikasi Kemudahan OKU dan Cara Berinteraksi dengan OKU.