Sunday, 5 August 2012

STRATEGI PEMBANGKANG REKA FITNAH KINI MEMAKAN DIRI




Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.

Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pembangkang telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam.

Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.

Dalam keadaan tangan bergari, kedua-dua Rafizi serta balacinya, Johari tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa tindakan mereka adalah 'demi rakyat'.

Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat politiknya mahu menjadi Perdana Menteri.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan bangganya mengumumkan kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada geran Selangorku.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimana pula dengan Johari, siapa pula akan menanggung kos guamannya?

Setelah dipergunakan, nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh pembangkang, seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang.

Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaan.

Setelah NFC, Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent.

Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad mengenai penilaian para pembida projek tersebut.

Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut.

Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George Kent tetapi Perdana Menteri.

Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu persatu fitnah yang dilemparkan, tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.

Begitu juga dalam fitnah kes kapal selam Scorpene.

Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar, Suaram, ialah dakwaan rasuah dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah pembangkang tidak langsung mempunyai moral dan integriti walau sedikit pun dengan menuduh isu itu juga melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Mereka cuba menjadi hero tetapi hakikatnya merekalah yang selama ini yang mendedahkan rahsia negara kepada pihak asing serta mencaci pemimpin dan memburuk-buruk imej negara.

Kini terserlah dengan fakta-fakta dan keterangan yang jelas dari kerajaan bahawa semua yang didakwa Suaram adalah pembohongan jelas semata-mata yang bermotifkan politik kotor.

Di sini juga tujuan pembangkang bukan untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran tetapi menyerang Perdana Menteri untuk melemahkan kepimpinannya.

Begitu juga dengan dakwaan anak Anwar, Nurul Izzah yang membuat dakwaan palsu dalam blognya berhubung projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dibangunkan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tindakan Nurul Izzah juga bukan mensasarkan syarikat bumiputera tersebut tetapi matlamatnya adalah meruntuhkan kredibiliti Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar keselamatan negara.

Senario yang sama boleh dilihat apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat dakwaan bahawa pihak polis gagal mengurangkan kadar jenayah.

Dengan memberi satu atau dua contoh, beliau membuat kesimpulan jumlah kes jenayah semakin meningkat disebabkan sebahagian besar peruntukan Program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Walaupun kerajaan telah mengemukakan data yang sahih menunjukkan kadar jenayah telah menurun, namun pembangkang terus memberi persepsi negatif terhadap pihak polis.

Jika Pakatan Rakyat sanggup menipu, berbohong, memfitnah, mentohmah, mereka-reka cerita palsu apa agaknya senario negara jika mereka memerintah? Fikir-fikirkanlah dengan akal yang sihat.
sumber:-C.Z & SGB.

Tuesday, 31 July 2012

Temurapat PRU PKR: PKR Kalah Sebelum Berkempen?

Parti PKR tegar sekali menggunakan nama ‘rakyat’ dalam setiap aktiviti dan kempen mereka. Sudah tentu sekali dalam menghadapi pilihanraya kali ini, nama ‘rakyat’ akan dijulang tinggi-tinggi kononnya sebagai matlamat perjuangan walaupun matlamat sebenarnya adalah ‘demi Anwar, untuk Anwar dan kerana Anwar’.

Dalam Temurapat PRU PKR tahun lepas, parti tersebut telah meminta bantuan Merdeka Center, untuk menguji beberapa slogan bagi digunakan sebagai tema kempen dalam PRU-13. Antaranya:

1. Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia

2. Malaysia Baru, Muafakat Baru, Pimpinan Baru

3. Demi Rakyat, Demi Masa Depan

Selaras dengan keterujaan PKR dengan perkataan ‘rakyat’, maka mereka nampaknya memilih slogan ketiga, iaitu ‘Demi Rakyat, Demi Masa Depan’ yang bagi mereka lebih tegas dan sesuai dengan imej KEADILAN. Slogan ini dikatakan mendapat reaksi positif dari pengundi sasaran PKR iaitu Golongan Muda, Golongan Bekerja dan Kaum India yang tidak berpatisan.

Dalam temurapat yang sama, parti itu telah menggariskan beberapa isu yang akan digunakan oleh mereka untuk menyerang BN. Antaranya, kenaikan harga barang, subsidi minyak, AUKU, PTPTN, rasuah, masalah perumahan, masalah sosial, harga kereta yang tinggi serta peluang pekerjaan terhad.

Kecuali isu ‘peluang pekerjaan terhad’, kebanyakan isu yang disebut telah pun lama dimainkan oleh PKR. Dan hampir kesemua isu yang dimainkan juga menunjukkan kegagalan, kesilapan atau kelemahan di pihak mereka. Dalam ertikata lain, serangan mereka tidak menjadi, tertembak diri sendiri atau pun kalah teruk.

Dalam memainkan semua isu-isu tersebut juga, PKR secara tidak langsung menyerlahkan yang mereka tidak bijak matematik dan gagal ekonomi sepenuhnya.

Contohnya, dalam memperkatakan soal PTPTN, PKR telah ditempelak oleh DAP dan juga PAS kerana meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sukar. Akhbar-akhbar Cina yang diketahui cenderung kepada DAP juga menghentam idea penghapusan hutang PTPTN kerana dikatakan memalukan serta tidak praktikal dari segi ekonomi.

Begitu juga dengan isu mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga barang yang merupakan isu global di mana rakyat sedia maklum bahawa sekiranya PKR menjadi kerajaan, mereka juga tidak akan mampu mempengaruhi harga pasaran dunia. Menjanjikan penurunan harga barang dan harga minyak bagaikan menjanjikan bulan dan bintang iaitu sesuatu yang tidak logik kerana tidak berada di bawah kawalan sesebuah kerajaan sepenuhnya.

Lebih dari itu, kerajaan sedia ada telah membuktikan keprihatinan dengan mengekalkan subsidi serta memberi bantuan-bantuan lain secara langsung bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup di era ini. Kerajaan juga telah melancarkan skim rumah pertamaku, sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kala PKR hanya mampu berjanji.

Isu AUKU pula menyerlahkan sikap dwistandard PR apabila MB PAS Kedah, Ustaz Azizan mengarahkan pelajar yang berdemonstrasi agar dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.

Percubaan PKR untuk menyerang kerajaan melalui isu rasuah dan masalah sosial di dalam masyarakat juga membuatkan rakyat tersenyum sinis. Mana tidaknya, jika Ketua Umum PKR itu sendiri terkenal dengan gelaran Bapa Rasuah iaitu ‘perintis’ gejala rasuah di dalam politik. Pembantu peribadinya yang gaji tidak seberapa mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit. Isteri sang pembantu merangkap perempuan simpanannya juga menerima gaji puluhan ribu sebulan tanpa perlu bekerja dalam ertikata yang sebenar.

Kroni-kroninya, termasuk bapa dan abangnya yang dari ‘nobody’ menjadi ‘somebody’ dalam sekelip mata sejurus beliau memegang jawatan dalam kerajaan dahulu. Dan kini, partinya dan parti-parti sekutu terus bergelumang dalam rasuah, penipuan, manipulasi yang menjadi punca masalah dalaman sehingga memaksa ramai yang keluar parti. Jika ini bukan rasuah, apa namanya?

Serangan PKR terhadap harga kereta yang tinggi pula menunjukkan yang parti ini tidak punya semangat nasionalis dan sanggup membiarkan industri kereta nasional terjejas atau gulung tikar terus.

Sementelah dengan itu, kita tunggu sajalah apa yang PKR akan kelentong mengenai peluang pekerjaan di Malaysia memandangkan hanya isu ini saja yang belum dimainkan oleh mereka.

Walau apapun, kita tahu bahawa negeri-negeri yang diterajui PKR atau PR semuanya menghadapi masalah untuk menambah pelaburan sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan. Satu-satunya peluang pekerjaan yang meningkat dengan begitu drastik di negeri-negeri jajahan mereka adalah dalam bidang hiburan termasuk tukang-tukang urut yang mana tidak memerlukan seseorang itu bersusah payah meminjam PTPTN untuk belajar tetapi hanya berbekalkan gaya dan ‘keberanian’ sahaja.

Jika inilah saja strategi PKR untuk menghadapi PRU-13, maka jelaslah yang PKR sudah kalah sebelum berkempen
Sumber: Cik Zah BNYV

Thursday, 5 July 2012





Sarawak Muay Thai Charity Challenge yang berlangsung pada 30.Jun.2012 dan 1.Julai.2012 yang bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah dilaksanakan dengan jayanya.

Program dua hari itu merupakan program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak dan dengan anjuran bersama Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak dan Muay Thai Fit Warrior Sarawak.

Program tersebut disertai oleh penyertaan yang amat menggalakkan para belia sehingga mencecah penyertaan sehingga 100 orang peserta yang terdiri daripada belia dari pelajar institut pengajian tinggi dan belia dari seluruh pelusuk negeri.

Penulis juga teruja apabila penyertaan dari luar seperti Persatuan Tomoi Labuan, Borneo Combat Gym, Borneo Red Empire Sabah, Persatuan Muaythai Selangor dan juga Kelab Muaythai Naga Api.Hadiah keseluruhan yang dipertandingkan bernilai mencecah RM 18 000.

Ini membuktikan bahawa Sukan mempertahankan diri Muay Thai ini telah mula popular serta dikenali dan digemari oleh belia masa kini. Ia bukan hanya untuk mempertahankan diri tetapi ia juga merupakan latihan yang mampu untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Program ini merupakan program amal yang diadakan khas untuk membantu mempromosikan sukan ini di Sarawak.Pada hari pertama program tersebut, perasmian telah diadakan dan dirasmikan oleh Datuk Dr Tiki Lafe selaku Ahli Parlimen Mas Gading.

Beliau telah menyumbangkan RM 5000 bagi Tabung Kebajikan Muay Thai Sarawak. Ini jelas membuktikan bahawa beliau menyokong usaha pihak penganjur dalam mempromosikan sukan ini di Sarawak.

Manakala dalam majlis penutupan yang diadakan pada 1.Julai .2012 lalu, Datuk Fadillah Yusof merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya menyumbangkan sebanyak RM 10 000 kepada Persatuan Muay Thai Sarawak yang di wakili oleh En Hartika Abu Kassim.

Thursday, 28 June 2012

60 PEGAWAI BELIA DAN SUKAN, PEGAWAI AGENSI KERAJAAN, JURULATIH, TEKNIKAL, SUKARELAWAN DAN NGO HADIRI KURSUS PENGENDALIAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

MIRI: Dianggarkan seramai 60 orang Pegawai Belia dan Sukan, Pegawai Agensi Kerajaan, Jurulatih, Teknikal, Sukarelawan dan NGO akan menghadiri Kursus Pengendalian Orang Kelainan Upaya (OKU) Peringkat Zon 2012 yang akan diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 29 Jun hingga 1 Julai 2012 bertempat di Hotel Dynasty, Miri.

Program ini merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dan Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kelainan Upaya (PESRON) Negeri Sarawak.

Program ini nanti akan dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan, Pegawai-Pegawai Agensi Kerajaan, Jurulatih, Teknikal, Sukarelawan dan NGO dari Sabah, Labuan dan Sarawak. Dalam pada itu, menurut Ketua Pejabat, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri, Encik Mohammad Shukeri Bin Drahman, Objektif kursus ini adalah untuk mempromosikan dan mengembangkan aktiviti-aktiviti Sukan Paralimpik kepada masyarakat luar dan melahirkan lebih ramai sukarelawan yang mahir dan pakar dalam pengendalian masyarakat OKU. Beliau juga menambah, Program yang seumpama ini dilaksanakan untuk merancang dan melaksanakan program latihan yang lebih tersusun dan bersistematik dengan mengambil kira pendekatan ilmu sains sukan agar mendapat hasil yang lebih membanggakan. Malah ia juga diharap dapat melahirkan lebih ramai sukarelawan yang mahir dan pakar dalam pengendalian masyarakat OKU. Dengan kejayaan demi kejayaan yang berjaya ditempah oleh Negara, program seperti ini diharapkan dapat terus membaiki mutu skuad Paralimpik Malaysia sekaligus mengharumkan lagi nama Negara di pesada sukan antarabangsa.


Sementara itu, menurut Pegawai Penyelaras Program, Encik Mohd Soffi bin Azizan berkata, Program seperti ini sangat baik dan diharapkan dapat diperbanyakkan lagi untuk memastikan semua golongan rakyat Malaysia, OKU khususnya tidak ketinggalan untuk memberi sumbangan serta tidak dipinggirkan dalam apa juga aktiviti kemasyarakatan mahupun sukan. Beliau turut menambah, Kontinjen Negara pernah meraih 1 gangsa diraih oleh P.Mariapan pada tahun 1988 di Seoul. Pada tahun 1992 di Barcelona 1 perak dimenangi oleh Cheok Kon Fatt (Powerkifting) dan 2 gangsa dimenangi oleh P.Mariappan (Powerlifting) dan Mohd Khasseri Othman (Olahraga). Penantian selama 16 tahun berakhir dengan kejayaan Siow Lee Chan meraih 1 gangsa di Beijing pada tahun 2008 dari sukan Powerlifting. Antara sukan yang pernah melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Beijing 2008 ialah olahraga, powerlifting, renang, memanah dan pelayaran.

Peserta-peserta program selama 3 hari 2 malam tersebut akan didedahkan beberapa siri ceramah dan taklimat yang akan diketuai sepenuhnya oleh Prof. Madya Dr. Tiun Ling Ta dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Antara ceramah yang bakal dibentangkan adalah Pengenalan OKU, Memahami Golongan ID, Memahami Penglihatan OKU, Peranan Sukarelawan dan cara Interaksi dengan OKU, Memahami Fizikal OKU, Memahami Pendengaran OKU, Memahami Undang-Undang Berkaitan OKU 2008, Memahami Keperluan dan Spesifikasi Kemudahan OKU dan Cara Berinteraksi dengan OKU.

40 REMAJA HADIRI KURSUS ASAS KEMAHIRAN MENYELAMAT DAN PERTOLONGAN CEMAS JUNIOR MYCORPS PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2012

MIRI: Dianggarkan seramai 40 orang remaja dari bahagian ini akan menghadiri Kursus Asas Kemahiran Menyelamat dan Pertolongan Cemas Junior Mycorps Peringkat Negeri Sarawak 2012 yang akan diadakan selama 5 hari bermula pada 25 Jun hingga 29 Jun 2012 bertempat di Kampung Sukan Petronas, Miri.

Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Program ini nanti akan dihadiri oleh golongan remaja dari berbilang kaum yang berumur 18-25 tahun yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dalam pada itu, menurut Ketua Pejabat, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri, Encik Daniel Batin, Kursus Kemahiran Menyelamat dan Pertolongan Cemas Junior MyCorps ini merupakan program hasil inisiatif Makmal Transformasi belia yang akan melahirkan Pemimpin Pelapis Sukarelawan di peringkat Negeri yang berktrampilan, dinamik serta kompeten dalam kemahiran kesukarelawan bagi memberikan pendekatan proaktif dalam bidang kesukarelaan. Inisiatif ini bertujuan menggalak dan meningkatkan semangat kesukarelaan dikalangan generasi-Y melalui pengalaman dan pembelajaran mereka dalam bidang kemahiran dan kesukarelaan. Sementara itu, menurut Pegawai Penyelaras Program, Cik Norafizahwati Binti Banting berkata, program ini menuntut kerjasama antara Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan peserta yang menyertai kursus ini akan ditauliahkan sijil kemahiran JPAM dan PBSM dengan mengikuti kelas, latihan dan ujian yang berkaitan.

Peserta-peserta program selama 5 hari tersebut akan didedahkan dengan latihan dan ceramah ceramah pengurusan sukarelawan, peluang-peluang KBS, iVolunteer, Networking, Pengenalan PBSM & Pertolongan Cemas, Luka & Pendarahan, Kecederaan Terbakar, Balutan, Renjatan, kecederaan tulang & usungan, bantuan hidup asas (CPR), pengenalan JPAM, Bencana, mengurus pusat pemindahan, teknik ikatan & Simpulan Asas, melawan kebakaran dan kraf khemah & ikhtiar hidup asas. Diakhir sesi peserta-peserta akan melalui peperiksaan kendalian PBSM dan JPAM.

Majlis Perasmian Penutupan itu nanti dijangka akan dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang, Ahli Parlimen P. 218 Sibuti dan akan turut dihadiri oleh Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Yang.Berusaha Tuan Haji Razali Mohamad.

Thursday, 7 June 2012

Fenomena Sukan Terbaru Airsoft




Team Airsoft Malaysia.

Airsoft telah pun mula berada di Malaysia semenjak dua tahun yang lalu, dan ia merupakan permainan terbaru yang baru mula bertapak di Malaysia disamping memperkenalkan kepada ramai pihak dan secara umumnya sukan ini telah diperkenalkan kepada umum bersempena Hari Belia Negara 2012 di khemah Gerakan Belia 4B Malaysia yang baru-baru sahaja berlalu dan ia ditaja sepenuhnya oleh Penaja Utamanya ialah Advance Group yang dibawah naungan Dato' Zamri Nordin.



Ia adalah merupakan sejenis permainan yang mensimulasikan kegiatan seperti polis dan askar dan menggunakan replika senjata api yang dikenali sebagai Airsoft Gun.Airsoft Gun atau dikenali sebagai marker AEG (Automatic Electronic Gun) yang digunakan sebagai marker dalam sukan Airsoft ia adalah merupakan alternatif daripada Paintball yang sedia ada sekarang.
airsoft dicipta khas untuk peminat serta pencinta senjata secara positif untuk merasai senjata secara realiti pada amnya untuk pengguna individu dan pengaplikasian strategi pertempuran dalam permainan perang/skirmish jika ada dalam satu komuniti.

Ia mempunyai perbezaan dari segi operasi dan juga pelurunya, penggerak utama AEG marker menggunakan dynamo motor yang dijana kuasa bateri dan ia adalah cara yang paling digemari oleh pengguna Airsoft.

Kos pengendalian Airsoft lebih murah berbanding menggunakan gas seperti Paintball.Pelurunya juga murah berbanding dengan peluru Paintball.Ia cuma sebagai alternatif pilihan kepada pengguna untuk memiih jenis dan kos sukan yang menjadi pilihan mereka.

Pada awalnya permainan ini amat terkenal di Jepun pada tahun 1970 dimana pemilik persendirian tidak mungkin untuk mendapatkannya kerana begitu ketatnya peraturan dan seterusnya para peminat tegar sukan ini mencari satu alternatif yang rasmi serta sah untuk melakukan secara sah sukan bersenjata ini.

Kini kegiatan sukan Airsoft sangat popular di Jepun,Hong Kong,Macau,Korea Selatan dan juga telah tersebar ke Filipina dan Indonesia. Ia juga semakin popular di Amerika Utara dan eropah khususnya di AmerikaSyarikat,Kanada,England,Jerman,Austria,Swiss,Perancis,Sepanyol,Polandia,Portugal,Sweden,Finland,Norway,Italy,netherland,Denmark dan Chile dan ianya menjadi semakin tersebar melalui Komuniti Internet yang aktif.

Dato' Seri Najib mengunjungi pameran diatas adalah jemputan Majlis Belia 4B Malaysia.Penaungnya Dato'Zamri Nordin iaitu penaja utama Advance Group dan penaja bersama MGC.

Kini sukan ini mula dikenali di Malaysia dan akan berkembang melalui penyertaan yang amat memberansangkan serta lebih ramai menyertai sukan ini di masa hadapan.

Sunday, 3 June 2012

Belia Buktikan Sokong Kerajaan Di HBN2012.

HBN 2012 telah pun melabuhkan tirai dengan rasminya pada 27.Mei.2012 yang lalu. HBN 2012 telah berjaya mencapai sasarannya untuk mengumpulkan 2.4 juta belia pada program yang berlangsung selama 5 hari bermula dari 23.Mei.2012 yang lalu. Ia selaras dengan sasaran mengumpulkan Himpunan Jutaan Belia.

Ini membuktikan bahawa belia masa kini adalah matang, peka serta bijak menilai pucuk pimpinan yang mampu memberi pembaharuan serta merubah nasib mereka.Belia dimasa kini sangat bijak memilih pihak mana yang sememangnya patut meneraju serta memikul tanggungjawab untuk memimpin negara ini.

"Najib Adalah Jaguh Inspirasi Belia" sepanduk yang dibawa oleh para belia dari Majlis Belia Pulau Pinang.

Belia dimasa kini sangat bijak memilih pihak mana yang sememangnya patut meneraju serta memikul tanggungjawab untuk memimpin negara ini.

Pada hari perasmian HBN 2012 YAB Perdana Menteri berucap menyatakan “Golongan belia yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi adalah belia yang berhimpun secara aman, melontarkan rasa cintakan keamanan negara, beradab serta menghormati undang- undang negara dan bukan menjadi belia yang suka melakukan keganasan”.

Tetapi pelbagai spekulasi dari pihak pembangkang mengenai HBN 2012 ini adalah program tidak sihat. Apa motif mereka yang sebenarnya??? Mereka hanya tahu membuat tuduhan yang tidak berasas tanpa usul periksa. Seperti yang kita dengar isu mengenai K-pop dibayar dengan wang rakyat itu adalah tidak benar sama sekali, wang yang dibayar untuk K-pop adalah hasil dari pihak penaja.

Pihak KBS menerima tajaan sebanyak RM 28 juta dari syarikat swasta dalam bentuk wang tunai. Mana pulak datangnya isu duit rakyat... Mengenai bayaran kepada kumpulan K-pop tersebut adalah RM 900, 000 adalah merupakan kos tajaan Stadium First yang merupakan pembekal utama kepada program KBS.

Lagi isu yang dikeluarkan mengenai wang RM 30 tu... Alahai takkan la itu pun nak dijadikan isu jugak... Gambar yang dikeluarkan tu adalah gambar pekerja kilang dibawah Majlis Belia Sabah wang tu hanya sebagai wang saku bukan wang untuk meramaikan.. Mereka tu datang khas untuk pavillion negeri je.

Apa nak jadi arr dengan pihak pembangkang ni,Semua tu fitnah semata-mata dari pihak pembangkang. Ini semua kerana kejayaan HBN 2012 ni membuatkan mereka menjadi tak keruan.

Kejayaan HBN2012 ini adalah merupakan yang terbaik kerana belia menjadi semakin bijak berfikir demi kemajuan negara ini amat sesuai dengan tema HBN 2012 seperti yang dikatakan oleh YAB Perdana Menteri "Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini".