
Belia-belia dan para remaja yang menganggotai sukarelawan Al Falah DUN N4 Pantai Damai Menunjukkan semangat berkobar-kobar semasa menghadiri kem 3 hari 2 malam Program Tautan Kasih anjuran YADIM di Kg.Pandan,Lundu,Sarawak.
Kolaboratif bersepadu badan bertindak yang diketuai PDRM bersama RELA, penguat kuasa DBKU, penguat kuasa JAIS, Kastam, KRT dan JKKK adalah perlu diwujudkan untuk tindakan proaktif bagi membasmi tempat-tempat panas di bandar raya Kuching ini.Ini kerana ramai remaja dimasa kini sering membuang masa dengan budaya yang tidak sihat seperti minum arak,lepak,meghidu gam serta pergaulan bebas.
Perkara itu disarankan Dr Abdul Rahman Junaidi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN Pantai Damai serta mencadangkan agar usaha tersebut dimulakan di tebingan sungai kawasan Seberang Hilir.
“Kelakuan meminum minuman keras dan mencetuskan gangguan kepada masyarakat setempat, pengambilan pil-pil psikotrofik, penghiduan gam, judi, seks bebas, pecah rumah, kecurian kabel elektrik dan telefon, kecurian besi penutup longkang dan peras ugut adalah fenomena yang sering dilaporkan.
“Untuk itu, satu langkah pencegahan dan tindakan bersepadu patut dijalankan oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab,” katanya.
Jelas beliau, kesan negatif tersebut adalah daripada proses urbanisasi yang tidak terkawal sehingga mewujudkan sekelompok anggota masyarakat yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan arus pembangunan bandar.
“Maka lahirlah gejala sosial seperti jenayah, keruntuhan moral, amalan hidup songsang dan tekanan hidup.
“Yang malangnya majoriti yang terlibat adalah golongan muda dan remaja,” katanya lagi.
Justeru, Dr Abdul Rahman berharap dengan pelaksanaan tindakan bersepadu melibatkan agensi-agensi bertanggungjawab tersebut akan mampu mengurangkan masalah sosial yang boleh menjadi barah dalam masyarakat.

PLKN telah ditubuhkan bermula tahun 2004 dulu.Program ini bertujuan untuk melahirkan bangsa Malaysia menjadi satu organisasi terunggul dan misinya agar memastikan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) ini dilaksanakan secara cekap dan juga berkesan.
Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) juga adalah satu platform khas untuk membentuk remaja agar mempunyai semangat jati diri,semangat patriotisme serta semangat cintakan negara dan juga merealsasikan hasrat negara untuk memupuk perpaduan kaum serta intergrasi nasional dan juga salah satu usaha untuk membentuk perwatakan positif kepada remaja menrusi nilai-nilai murni,menyemarakkan semangat kesukarelaan dalam PLKN dan seterusnya melahirkan generasi muda (belia) yang lebih cergas ,cerdas dan penuh keyakinan terhadap diri sendiri.
Di masa kini kita sering kali mendengar bahawa isu perkauman merupakan satu isu sensitif di kalangan masyarakat sekarang.Dengan adanya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ini,adalah merupakan satu medium bagibelia memahami satu sama lain berkaitan sensitiviti,adat dan tradisi kaum/kumpulan etnik.
Kini PLKN telah sampai keSiri ke9 bagi tahun 2012 dan melalui Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) ini ramai belia yang menyertai PLKN telah mentranformasikan belia yang sebelum ini mempunyai masalah keperibadian serta masalah sosial dn kini menjadi lebih berwawasan dan berdisiplin serta mempunyai peluang yang cerah satu hari kelak.Ramai ibu bapa bangga dan teruja apabila anak mereka terpilih menyertai program ini.
Dalam salah satu ucapan Datuk Dr Tiki Lafe selaku Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara(MLKN) semasa beliau berucap semasa majlis perasmian di Kem Puncak Permai,Bau di Sarawak yang lalu beliau menyatakan bahawa Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan dengan perbezan dalam budaya dan adat.Beliau juga menyatakan kebanyakan pelatih majoritinya adalah lepasan sekolah dan masih muda dan banyak lagi cabaran yang perlu ditempuh termasuk dari pengaruh rakan sebaya dan dunia siber.
Tambah beliau lagi,perlaksanaan modul dalam PLKN akan membentuk mereka menjadi individu yang bernilai positif,ptriotisme serta berkeyakinan tinggi dan pada masa yang sama ia juga berupaya mencegah belia daripada terlibat dalam perlumbaan motosikal haram(rempit),dan penyalahgunaan dadah serta gejala sosial bebas.
“Modul baru yang diperkenalkan “Reproductive & Social Health” bertujuan untuk menyemai kesedaran kepada belia tentang kesan penglibatan dalam aktiviti negatif.Dalam siri sebelum ini, modul yang telah diperkenalkan bukanlah untuk mengajar tentang seks tetapi ianya adalah sebagai pendekatan holistik dan pengajaran komprehensif termasuk biologikal,sosial budaya,fisiologi dan kerohanian” kata beliau lagi.
Dengan ini kita dapat melihat betapa prihatin pihak kerajaan membuat program-program kesdaran seperti ini khas untuk belia supaya mereka tidak terjerumus ke lembah aktiviti sosial bebas dan tidak berfaedah.


Pada 12-13 Mei lalu, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Asas Kayak bertempat di Tasik UNIMAS di Kuching,Sarawak.Kursus ini memperkenalkan kayak dikalangan peserta kursus berserta Teori Star One/Water Confident.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan kepada peserta tentang kayak bagi meneruskan usaha Kementerian Belia Dan Sukan untuk memperkembang dan mempelbagaikan aktiviti sukan air khususnya kayak selaras dengan matlamat KBS dalam menyediakan peluang kepada orang ramai dalam sukan rekreasi dan seterusnya memupuk masyarakat Sihat,Cergas dan Bersatu.
Penyertaan belia untuk Kursus Asas Kayak ini seramai 41 orang disertai oleh belia dari UNIMAS,UITM,Sekolah Tunas Bakti,dan belia-belia dari sekitar Kota Samarahan.Kursus ini dirasmikan oleh En. Mohd Mazlan Haji Anis selaku Penolong Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak.
Kursus selama dua hari ini amat bermakna kepada peserta-peserta kursus kerana kursus tersebut ada menjalankan ujian teori dan pratikal kepada setiap peserta.Kursus seperti ini hendaklah dibuat lagi dimasa akan datang serta memupuk minat belia daripada mereka menyertai aktiviti tidak sihat.Syabas JBSN SARAWAK!
Sembang Mesra Belia diadakan di Parlimen P218 Sibuti bagi DUN N62 Lambir pada 28.April.2012 yang lalu bermula jam 7 malam sehingga jam 10.30 malam bertempat di Restoran Warung Puteri,Miri.
Barisan ahli kehormat yang hadir pada program tersebut, ialah YBHG En. Nazri Ahmad Lai selaku pegawai khas Ahli Parlimen P.218 Sibuti dan YBHG En. Daniel Batin iaitu Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri.
Golongan yang hadir adalah terdiri dari golongan belia dan beliawanis bagi DUN N.62 Lambir yang berumur dalam lingkungan 21-40 tahun seramai 87 orang bagi memeriahkan program tersebut.
Sepanjang sesi dialog terbuka tersebut,isu-isu yang dikemukakan antaranya ialah permohonan bagi membina gelanggang futsal ataupun gelanggang sukan di kawasan Taman Tunku Miri.Isu kedua yang dikemukakan bahawa belia dan beliawanis inginkan peluang ekonomi untuk meningkatkan kos sara hidup yang kian bertambah di masa kini.
Isu ketiga pula ialah,memohon supaya pihak kementerian serta pihak-pihak berkaitan supaya menyalurkan peruntukan penyelengaraan bagi Gelanggang Futsal 1 Malaysia Tunku Abdul Rahman,Lambir yang kini semakin uzur disebabkan ketiadaan jawatankuasa yang menjaga gelanggang tersebut.
Bagi isu semasa pula adalah para pengundi muda masih lagi keliru dan terpengaruh dengan janji-janji palsu pihak pembangkang sehingga memecahkan undi calon Barisan Nasional ini adalah berdasarkan status pada pilihan raya Umum sebelum ini.