
Thursday, 17 May 2012
Kursus Asas Mendaki Tembok (SEACF) 2012.

Kursus Asas Kayak (Star One).

Pada 12-13 Mei lalu, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Asas Kayak bertempat di Tasik UNIMAS di Kuching,Sarawak.Kursus ini memperkenalkan kayak dikalangan peserta kursus berserta Teori Star One/Water Confident.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan kepada peserta tentang kayak bagi meneruskan usaha Kementerian Belia Dan Sukan untuk memperkembang dan mempelbagaikan aktiviti sukan air khususnya kayak selaras dengan matlamat KBS dalam menyediakan peluang kepada orang ramai dalam sukan rekreasi dan seterusnya memupuk masyarakat Sihat,Cergas dan Bersatu.
Penyertaan belia untuk Kursus Asas Kayak ini seramai 41 orang disertai oleh belia dari UNIMAS,UITM,Sekolah Tunas Bakti,dan belia-belia dari sekitar Kota Samarahan.Kursus ini dirasmikan oleh En. Mohd Mazlan Haji Anis selaku Penolong Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak.
Kursus selama dua hari ini amat bermakna kepada peserta-peserta kursus kerana kursus tersebut ada menjalankan ujian teori dan pratikal kepada setiap peserta.Kursus seperti ini hendaklah dibuat lagi dimasa akan datang serta memupuk minat belia daripada mereka menyertai aktiviti tidak sihat.Syabas JBSN SARAWAK!
Sembang Mesra Belia P218 Sibuti
Sembang Mesra Belia diadakan di Parlimen P218 Sibuti bagi DUN N62 Lambir pada 28.April.2012 yang lalu bermula jam 7 malam sehingga jam 10.30 malam bertempat di Restoran Warung Puteri,Miri.
Barisan ahli kehormat yang hadir pada program tersebut, ialah YBHG En. Nazri Ahmad Lai selaku pegawai khas Ahli Parlimen P.218 Sibuti dan YBHG En. Daniel Batin iaitu Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri.
Golongan yang hadir adalah terdiri dari golongan belia dan beliawanis bagi DUN N.62 Lambir yang berumur dalam lingkungan 21-40 tahun seramai 87 orang bagi memeriahkan program tersebut.
Sepanjang sesi dialog terbuka tersebut,isu-isu yang dikemukakan antaranya ialah permohonan bagi membina gelanggang futsal ataupun gelanggang sukan di kawasan Taman Tunku Miri.Isu kedua yang dikemukakan bahawa belia dan beliawanis inginkan peluang ekonomi untuk meningkatkan kos sara hidup yang kian bertambah di masa kini.
Isu ketiga pula ialah,memohon supaya pihak kementerian serta pihak-pihak berkaitan supaya menyalurkan peruntukan penyelengaraan bagi Gelanggang Futsal 1 Malaysia Tunku Abdul Rahman,Lambir yang kini semakin uzur disebabkan ketiadaan jawatankuasa yang menjaga gelanggang tersebut.
Bagi isu semasa pula adalah para pengundi muda masih lagi keliru dan terpengaruh dengan janji-janji palsu pihak pembangkang sehingga memecahkan undi calon Barisan Nasional ini adalah berdasarkan status pada pilihan raya Umum sebelum ini.
Karnival Permotoran Hujung Minggu Miri(Miri Bike Week)
Friday, 11 May 2012
Seminar Pembangunan PESRON Peringkat Negeri Sarawak 2012
Program Seminar Pembangunan PESRON bagi Negeri Sarawak telah diadakan selama 3 hari bermula pada 4 Mei yang lalu dan berakhir pada 6 Mei yang bertempat di Auditorium Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak (KOMBES).
Seminar ini dihadiri seramai 47 orang ahli PESRON terdiri daripada atlit-atlit paralimpik dan diketuai oleh presiden persatuan tersebut ialah En.Ahmad Bin Osman.Seminar ini merupakan salah satu daripada tiga program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak pada hujung minggu yang lalu.
Seminar ini bertujuan sebagai langkah pertama untuk mempromosi serta mengembangkan lagi aktiviti sehingga ke peringkat akar umbi serta membuka peluang kepada agensi yang berkaitan seperti JBS, JKM, MSN Dan PESRON supaya berganding bahu untukmeningkatkan llagi kemahiran pengurusan dan merancang program serta aktiviti bagi golongan kelainan upaya ini(OKU).
Pada hari terakhir iaitu pada 6.Mei lalu, seminar tersebut telah dirasmikan penutupan oleh YB Abdul Rahman selaku Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN N.4 Pantai Damai.
Dalam ucapan beliau menyatakan perlunya rancangan rapi untuk berhadapan dengan sukan paralimpik yang akan datang pada Oktober 2012 di Pahang dan sekaligus menyatakan bahawa adalah tidak mustahil untuk Negeri Sarawak menjadi johan untuk kali ke-10 setelah 9 kali menjadi Johan di Sukan Paralimpik Kebangsaan.” Agi Idup Agi Ngelaban” SARAWAK boleh....
Terima Kasih En.Joshua Anak Ijau
SRI AMAN–Selalunya kita mendengar bahawa terdapat persatuan atau syarikat swasta dan pihak kerajaan tertentu yang sering melaksanakan tanggungjawab sosial khas untuk belia dan terhadap kebajikan hidup rakyat selama ini.
Namun begitu seorang individu telah tampil menunaikan tanggungjawab masing-masing demi membantu kebajikan hidup rakyat melainkan sebab politik amatlah jarang didengar oleh semua pihak selama ini.
Di Rumah Sait, Selepong Lop, Sri Aman, seorang kakitangan kerajaan telah menunaikan tanggungjawab sosialnya untuk golongan belia di situ dengan membina sebuah gelanggang sepak takraw bagi kegunaan mereka.
Sumbangannya mungkin tampak kecil namun jika dinilai secara mendalam, kita akan mendapati bahawa amat jarang individu yang sanggung mengeluar sejumlah besar wang simpanannya sendiri bagi membina gelanggang sukan demi belia kampung.
“Kisahnya bermula apabila saya sering memerhatikan para belia kampung (Rumah Sait, Selepong Lop) meluangkan waktu lapang mereka dengan bermain sepak takraw di atas tanah pada setiap waktu petang.
“Faktor ini telah menimbulkan niat saya untuk mengeluarkan wang saku sendiri bagi membina gelanggang sepak takraw yang baru demi kegunaan mereka,” kata Penolong Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Mejar (RELA) Joshua anak Ijau.
Beliau yang juga merupakan anak jati kampung Selepong Lop telah membawa semua belia kampung untuk bergotong-rotong membina gelanggang sepak takraw di situ selama satu minggu sebelum ia mula digunakan semenjak sebulan lepas.
Projek pembinaan gelanggang sepak takraw terbabit kata Joshua merupakan kejayaan manis bagi beliau yang secara tidak langsung telah mendidik para belia kampung untuk mengamalkan gaya hidup sihat selepas ini.
“Seorang kakitangan kerajaan juga perlu menunaikan tanggungjawab sosial. Justeru saya berharap agar lebih ramai individu mencontohi usaha seperti ini demi kebajikan belia kampung pada masa akan datang,” katanya.
Disini kita dapat melihat bertapa prihatinnya seorang penduduk waima seorang kakitangan kerajaan kerana sanggup menghulurkan sumbangan ikhlas kepada belia di kampung beliau,ini merupakan satu hadah bagi belia di kampung tersebut kerana selama ini bermain di tempat bertanah bila musim hujan pasti tanahnya becak.Terima kasih En.Joshua Anak Ijau.
Friday, 4 May 2012
Kombes Sarawak Diserang "Geng" Basikal.
Sabtu 28.April.2012:- Hampir 700 orang "belia berbasikal" berbagai jenis telah "menyerang" Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak seawal jam 7 pagi.
Kehadiran belia-belia tersebut di Perkarangan Kompleks Belia Dan Sukan adalah adalah bagi memulakan misi kayuhan basikal ke Program Jelajah Janji Ditepati oleh YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bertempat di Perkarangan Kompleks Wisma Bapa Malaysia,Jalan Astana,Kuching.
Program kayuhan basikal yang mengambil masa satu jam itu juga turut disertai oleh golongan kurang upaya OKU iaitu En.Junaidi Bin Pauzan yang memegang rekod berbasikal dari Miri ke Kuching.Terdapat pelbagai jenis basikal yang sempat dipamerkan termasuk basikal Recorn dari Jepun.
Menurut pihak penganjur, "Geng Basikal" En.Zikri Datuk Mohamad Mortadza, walaupun makluman untuk program ini diberitahu agak lambat, namun kehadiran belia-belia berbasikal amat memberangsangkan bermula sejak awal pagi lagi.
Menurut beliau lagi jumlah belia berbasikal yang menyertai program ini boleh ditingkatkan lagi jika lebih banyak masa diberikan kepada mereka, tambah En. Zikri lagi.

