Tuesday, 17 April 2012

Sembang Mesra Belia DUN N30.Saribas

Sembang mesra belia telah diadakan di Parlimen P204 Betong,iaitu d DUN N.30 Saribas pada 10.Mac.2012 yang lalu di Dewan Larkid Debak yang dihadiri oleh YB Tuan Mohamad Radzi Bin Sitam Ahli Dewan Undangan Negeri N.30 Saribas juga hadir dalam program tersebut adalah YBHG Dr.Richard Rapu merangkap SUP Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia.

Program tersebut telah dihadiri oleh golongan sasaran adalah dari golongan orang berpengaruh penting (OBP)di sekitar 24 buah kampung di kawasan DUN N.30 Saribas iaitu seramai lebih kurang 84 orang.

Sepanjang program tersebut juga telah disertakan dengan ceramah motivasi iaitu Ceramah Gagasan 1 Malaysia dan sesi dialog diantara pemimpin dengan belia. Sesi soal jawab itu telah dijawab secara bergilir-gilir oleh kedua-dua pemimpin tersebut.

Diantara isi kandungan isu yang dikemukakan adalah masalah sosial seprti lepak,menghidu gam,minum arak serta aktiviti perjudian.Selain itu masalah kemahiran dan pengangguran dan juga masalah pendidikan sehingga ada yang tercicir untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Bagi isu semasa yang disuarakan adalah kemudahan asas seperti penaiktarafan jalan raya,bekalan air bersih,bekalan elektrik bagi kawasan luar bandar,masalah sistem perparitan serta masalah kurangnya liputan jalur lebar.Hal ini telah mendapat perhatian pihak berkenaan.

Tuesday, 10 April 2012

KARNIVAL PERMOTORAN BENAK 2012.





KARNIVAL PERMOTORAN BENAK.

Sempena Pesta Benak 2012 pada tahun ini,persatuan bikers Sri Aman yang dinamakan Sri Aman Bikers Club telah mengundang persatuan bikers dari Brunei Darulsalam.

Persatuan Bikers dari Brunei tersebut dinamakan Bersatu Bikers Club Brunei Darulsalam (BBC) yang diketuai oleh Presidennya iaitu En.Zaini. Konvoi ini telah diadakan selama 4hari 3 malam berkampung di Bandar Sri Aman bersempena dengan Pesta Benak.

Persatuan ini telah ditubuhkan bermula Jun 2008 sehingga sekarang.Ahli-ahli kelab persatuan ini mempunyai 13 buah motorsikal berkuasa besar tapi hanya 7 buah daripada 13 buah ahi kelab tersebut menyertai konvoi tersebut.bikers-bikers tersebut baru sahaja balik dari menyertai konvoi ke Wilayah Persekutuan Labuan sempena Labuan Bikers Weeks.

Rombongan ini juga diiringi juga oleh Ahli Jawatankuasa Khas Borneo Island Big Bikers (BIBB) iaitu En.Mohd Afiq yang diwakilkan oleh presiden kelab tersebut Dato’ Azman.

Rombongan dari Brunei ini ingin melihat Benak yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.Mereka ingin merasai dan melihat sendiri keunikkan Benak yang hanya mereka dengar sebelum ini,En Zaini selaku presiden kelab itu menyuarakan beliau berasa amat puas hati kerana keunikkan dan Luar biasa Benak amat menerujakan dirinya.En Isma dan En Sapawi juga menyuarakan diri mereka amat seronok dan gembira melihat fenomena keajaiban alam tersebut.





















PAPARAN MENARIK SEMPENA PESTA BENAK 2012:-

PESTA BENAK SRI AMAN










Pesta Benak 2012 yang telah berlangsung diBandar Sri Aman.Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang Pesta Benak seperti Regatta Benak seperti lumba enjin pam,perahu dayung,perahu berikan,perahu sakai 15,jet ski serta luncur benak.

Yang menariknya Pesta Benak pada tahun ini amat meriah kerana karnival jualan bazaar ria benak bukan hanya peniaga dari kalangan penduduk tempatan sahaja malah dari setiap negeri.

Aktiviti seperti karnival permotoran,persembahan audio visual benak,pertandingan sayembara deklamasi puisi benak,pertandingan dan demontrasi masakan makanan tempatan sarawak,miss tourism benak,pertandingan bertandak,jet ski,dan yang paling ditunggu-tunggu adalah luncur benak oleh para peluncur, pertandingan benak idol,persembahan kesenian dan kebudayaan Pesta Benak Sri Aman.



Monday, 26 March 2012

MAJLIS PERASMIAN PESTA KAUL MUKAH 2012 
Tarikh : 21 April 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Taman Kala Dana, Mukah


MUKAH-Pesta Kaul Mukah pada tahun ini akan diadakan pada 21 April 2012 sehingga 29.April 2012.Ia akan bermula pada jam 9pagi di Dewan Kala Dana Mukah,Sarawak.Pada pesta tersebut berbagai-bagai acara telah diatur sepanjang Pesta tersebut.

Pesta kaul adalah merupakan pesta yang diraikan oleh etnik melanau di Sarawak.Asalnya pesta ini diadakan selepas selesainya musim menuai bagi masyarakat melanau di pendalaman atau juga merupakan pesta pantai bagi merayakan musim menangkap ikan bagi masyarakat melanau yang tinggal di persisir pantai.





Satu ketika dahulu, kaul merupakan upacara pemujaan dan penyembahan oleh masyarakat melanau pagan kepada dewa-dewa mereka yang bergelar’ipuk’oleh segelintir suku kaum melanau. Upacara ini dalah bagi menandakan rasa bersyukur mereka kerana dilimpahkan dengan rezeki murah oleh ipuk merekaserta telah dilindungi dari malapetaka dan wabak penyakit....




Sebagai tanda terima kasih,mereka akan menyediakan sajian merupakan pulut kuning,sireh kapur berpinang,bertih padi, dan rokok daun nipah yang sesuai dengan rutin masyarakat melanau setempat.selain itu juga,beberapa jenis kuih juga menjadi sajian wajib yang akan diletakkan didalam pinggan yang diperbuat daripada daun pokok nipah dan diletakkan didalam bekas bertiang dipanggil SEREHANG...
Walau bagaimanapun,upacara kaul ini telah bertukar menjadi pesta apabila ramai masyarakat melanau menganut  agama kristian ataupun islam.pesta yg diadakan pada setiap tahun ini adalah merupakan acara bagi memperingati tradisi peninggalan nenek moyang satu masa dahulu dan tanpa pemujaan.




Satu lagi keistimewaannya ialah permainan yang paling sinonim dengan pesta kaul ini ialah tibau.Tibau ialah sejenis buaian gergasi yang akan dimainkan oleh para pemuda pemudi.

Monday, 12 March 2012

PROMO PESTA BENAK 2012

SRI AMAN BANDAR BENAK


Saya pasti anda semua pernah mendengar tentang meluncur ombak laut (sea surfing),tetapi saya yakin bahawa anda semua belum pernah lagi mendengar tentang meluncur ombak sungai (river surfing) dan saya juga percaya bahawa keunikan sukan yang amat menakjubkan ini hanya boleh didapati di Sarawak sahaja melalui festival tahunan iaitu Pesta Benak.
Benak juga dikenali sebagai “Tidal Bore”, Benak berlaku pada setiap hari dengan jarak gelombang dan ketinggian ombak yang berbeza.
Bagaimanapun,sepanjang masa air pasang besar,ia boleh diperhatikan dengan jelas dan pada masa inilah luncur ombak sungai menjadi realiti.
Seperti yang kita tahu,hanya lima tempat di seluruh Asia yang mengalami kejadian Benak ini.Dan Sri Aman pasti akan menjanjikan kepuasan untuk melihat ombak yang terbaik.
Ia akan menjadi festival tahunan yang akan diadakan pada setiap tahun dan boleh menjadi destinasi perlancongan yang teramat mengujakan.
Jadi saya sarankan tuan-tuan dan puan-puan pergi ke Bandar Sri Aman untuk merasai sendiri keunikkan Pesta Beenak pada tahun ini yang mungkin akan menjanjikan kepuasan terhadap tuan-tuan dan puan-puan,ia sejajar dengan temanya Sri Aman Bandar Benak.