Sunday 29 April 2012

Pesta Ikan Tapah,Pantu,Sri Aman


Ikan Tapah di Sungai Batang Strap

Sri Aman,30.April.2012- Pesta Ikan Tapah merupakan pesta tahunan di Pekan Kecil Pantu di Bahagian Sri Aman bagi DUN balai Ringin.

Pesta ini telah diadakan pada 28-29.April.2012 dan merupakan edisi ketiga.Pada masa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin iaitu En.Snowdan Donald Lawan dihubungi,beliau berkata pelbagai acara telah ur sepanjang pesta tersebut.

Antara acara sepanjang pesta tersebut, adalah pertandingan karoke, gerai jualan beraneka, konsert, pertandingan ratu ikan tapah, persembahan kebudayaan serta banyak lagi aktiviti menarik yang telah disusun atur sepanjang pesta tersebut.

sebelum ini, nama pesta ini adalah Pesta Pantu dan telah ditukar diatas nasihat Menteri Kemajuan Tanah iaitu Tan Sri Dr.James Jemut Masing.

Nama Pesta Ikan Tapah ini amatlah bersesuaian dengan replika ikan tapah yang terdapat di simpang jalan menuju ke Pekan Pantu dan populasi ikan tersebut begitu banyak di sungai Batang Strap,Pantu.

Sebelum ini, cadangan untuk mengadakan pesta ini adalah di Pekan Lachau atau lebih dikenali dengan nama Keranggas Gayau bagi masyarakat setempat telah pun ditolak kerana ia lebih sesuai diadakan di Pekan Pantu bersesuaian kerana ia adalah simbolik kepada pekan itu.
pesta yang diadakan dua hari itu diadakan dengan meriah sekali kerana kunjungan yang amat memberangsangkan oleh pengunjung-pengunjung luar bukan setakat penduduk setempat sahaja.Ini kerana Pekan Pantu terletak diantara Sri Aman-Serian.

Saturday 28 April 2012

Program Jelajah Janji Ditepati Siri 2 Di Sarawak.


Perdana Menteri memberi ucapan sempena pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Di Kuching Sarawak.

Sabtu, 28 April 2012,Kuching:- Program Jelajah Janji Ditepati berkampung di Sarawak selama dua hari bermula pada hari ini bertempat di Wisma Bapa Malaysia,Petrajaya,Kuching. Sarawak merupakan destinasi kedua selepas berkampung di Batu Pahat,Johor pada 7.April.2012 yang lalu.

Program ini dilaksanakan adalah sempena dengan genapnya 3 tahun YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia Yang ke 6 menggantikan Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, pada 3.April.2009.

Siri Program Jelajah Janji Ditepati ini adalah sejajar dengan janji-janji kerajaan terhadap rakyat telah pun ditepati dan bukan hanya sekadar kata-kata sahaja.

Dalam ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia bagi merasmikan program tersebut, beliau menyatakan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana menyokong usaha kerajaan demi negara.

Kerajaan memang menepati janji kepada rakyat melalui Program Transformasi Kerajaaan yang dapat dilihat dari segi ekonomi yang amat memberangsangkan dari tahun ke tahun. Kejayaan dalam semua aspek bukan hanya terbatas kepada projek-projek besar sahaja, tetapi sanggup mendengar hasrat dan hati nurani rakyat.

Antara inisiatif yang diberi kerajaan kepada rakyat adalah seperti BR1M sebanyak RM500 kepada setiap rakyat yang layak.Bagi pelajar-pelajar Sekolah Rendah seperti SK,SJK diberi Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia,Tidak dilupa juga kepada pelajar di Universiti, Tingkatan 6 serta Matrikulasi bernilai RM100 setiap seorang.

Pihak pembangkang mula bercakap tidak benar apabila mengatakan kerajaan membuat pinjaman dari luar untuk melaksanakan bantuan-bantuan tersebut,Ia bukanlah pinjaman dari luar tetapi hasil daripada hasil urus tadbir negara yang kian bertambah dari masa ke semasa.

Sebelum YAB Perdana Menteri pergi ke Wisma Bapa Malaysia pada pagi tadi, beliau telah dibawa ke Tapak Pasar Tani yang bertempat di Matang Jaya dan seterusnya minum pagi di Restoran Ameen Cafe Matang Jaya.



Lawatan Perdana Menteri ke gerai-gerai di Pasar Tani,Matang Jaya.


Perdana Menteri masuk ke perkarangan Restoran Ameen Cafe Di Matang Jaya.

Salah satu daripada cara kerajaan mendekatkan diri kepada rakyat adalah tinjauan mesra diseluruh Sarawak bermula Februari 2010 – Julai 2011 ke 30 lokasi berbeza dan telah pun meluluskan sebanyak 313 projek bernilai 2.2 billion di Sarawak.

Beliau juga menyatakan akan menaik tarafkan masalah air,elektrik dan jalan luar bandar seperti jalan di kawasan pendalaman yang sukar dilalui seperti Bario dan Ba’kalalan pada projek RMK10.

Dari segi pembangunan pula,peruntukan 200 juta masing-masing bagi membina Hospital Di Bahagian Sri Aman dan Jambatan Batang Sadong. Kerajaan bukan sahaja baru kini bersama rakyat tetapi telah merentasi dua generasi sebelum ini,sejak Sarawak merdeka dalam Malaysia kerajaan telah pun bersama rakyat. Agenda kerajaan adalah membawa Malaysia menjadi negara yang terkemuka di mata dunia di bawah Prinsip 1 Malaysia.

Tuesday 17 April 2012

Sembang Mesra Belia DUN N30.Saribas

Sembang mesra belia telah diadakan di Parlimen P204 Betong,iaitu d DUN N.30 Saribas pada 10.Mac.2012 yang lalu di Dewan Larkid Debak yang dihadiri oleh YB Tuan Mohamad Radzi Bin Sitam Ahli Dewan Undangan Negeri N.30 Saribas juga hadir dalam program tersebut adalah YBHG Dr.Richard Rapu merangkap SUP Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia.

Program tersebut telah dihadiri oleh golongan sasaran adalah dari golongan orang berpengaruh penting (OBP)di sekitar 24 buah kampung di kawasan DUN N.30 Saribas iaitu seramai lebih kurang 84 orang.

Sepanjang program tersebut juga telah disertakan dengan ceramah motivasi iaitu Ceramah Gagasan 1 Malaysia dan sesi dialog diantara pemimpin dengan belia. Sesi soal jawab itu telah dijawab secara bergilir-gilir oleh kedua-dua pemimpin tersebut.

Diantara isi kandungan isu yang dikemukakan adalah masalah sosial seprti lepak,menghidu gam,minum arak serta aktiviti perjudian.Selain itu masalah kemahiran dan pengangguran dan juga masalah pendidikan sehingga ada yang tercicir untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Bagi isu semasa yang disuarakan adalah kemudahan asas seperti penaiktarafan jalan raya,bekalan air bersih,bekalan elektrik bagi kawasan luar bandar,masalah sistem perparitan serta masalah kurangnya liputan jalur lebar.Hal ini telah mendapat perhatian pihak berkenaan.

Tuesday 10 April 2012

KARNIVAL PERMOTORAN BENAK 2012.





KARNIVAL PERMOTORAN BENAK.

Sempena Pesta Benak 2012 pada tahun ini,persatuan bikers Sri Aman yang dinamakan Sri Aman Bikers Club telah mengundang persatuan bikers dari Brunei Darulsalam.

Persatuan Bikers dari Brunei tersebut dinamakan Bersatu Bikers Club Brunei Darulsalam (BBC) yang diketuai oleh Presidennya iaitu En.Zaini. Konvoi ini telah diadakan selama 4hari 3 malam berkampung di Bandar Sri Aman bersempena dengan Pesta Benak.

Persatuan ini telah ditubuhkan bermula Jun 2008 sehingga sekarang.Ahli-ahli kelab persatuan ini mempunyai 13 buah motorsikal berkuasa besar tapi hanya 7 buah daripada 13 buah ahi kelab tersebut menyertai konvoi tersebut.bikers-bikers tersebut baru sahaja balik dari menyertai konvoi ke Wilayah Persekutuan Labuan sempena Labuan Bikers Weeks.

Rombongan ini juga diiringi juga oleh Ahli Jawatankuasa Khas Borneo Island Big Bikers (BIBB) iaitu En.Mohd Afiq yang diwakilkan oleh presiden kelab tersebut Dato’ Azman.

Rombongan dari Brunei ini ingin melihat Benak yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.Mereka ingin merasai dan melihat sendiri keunikkan Benak yang hanya mereka dengar sebelum ini,En Zaini selaku presiden kelab itu menyuarakan beliau berasa amat puas hati kerana keunikkan dan Luar biasa Benak amat menerujakan dirinya.En Isma dan En Sapawi juga menyuarakan diri mereka amat seronok dan gembira melihat fenomena keajaiban alam tersebut.





















PAPARAN MENARIK SEMPENA PESTA BENAK 2012:-

PESTA BENAK SRI AMAN










Pesta Benak 2012 yang telah berlangsung diBandar Sri Aman.Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang Pesta Benak seperti Regatta Benak seperti lumba enjin pam,perahu dayung,perahu berikan,perahu sakai 15,jet ski serta luncur benak.

Yang menariknya Pesta Benak pada tahun ini amat meriah kerana karnival jualan bazaar ria benak bukan hanya peniaga dari kalangan penduduk tempatan sahaja malah dari setiap negeri.

Aktiviti seperti karnival permotoran,persembahan audio visual benak,pertandingan sayembara deklamasi puisi benak,pertandingan dan demontrasi masakan makanan tempatan sarawak,miss tourism benak,pertandingan bertandak,jet ski,dan yang paling ditunggu-tunggu adalah luncur benak oleh para peluncur, pertandingan benak idol,persembahan kesenian dan kebudayaan Pesta Benak Sri Aman.